3 Best Resepi Kek Gula Hangus (Kek Sarang Semut)

loading...

Resepi kek gula hangus, kek sarang semut, dan kek sarang lebah adalah kek yang sama. Memang ramai yang gemar sama kek yang satu ini. Setiap kali kawan buat kek gula hangus, sedap pula rasanya, terpikir pula nak buat sendiri. Namun sudah beberapa kali mencuba selalu jadi tak keruan. Pelbagai tips sudah di cuba untuk mendapatkan sarang semutnya selalu tak jadi. Kek gula hangus ini perlu kenyal tapi tak boleh teksturnya seperti sponge kerana bukan kek namanya.

resepi kek gula hangus

Kemarin saya nampak teman yang buat kek ini. Bahagia sangat lihat cantiknya corak kek yang di buatnya. Saya pun minta teman ajarkan buat kek gula hangus. Saya catat apa yang di cakap teman. Tapi setelah mencuba sendiri di rumah tetap tak jadi. Setelah beberapa kali percobaan, akhirnya resepi kek gula hangus kukus sedap dan lembut sudah saya temukan rahsianya.

Resepi Kek Gula Hangus

Resepi oleh : Kak Ita

Bahan-bahan

  • 1 1/4 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 125 gm butter
  • 4 biji telur grade A
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla

Baca juga: resepi brownies kedut

Cara buat kek gula hangus

  1. Cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus dengan api sederhana (jangan dikacau).
  2. Bila gula sudah cair, tuangkan air panas.
  3. Bila sudah cair, sejukkan gula dan tunggu betul-betul sejuk.
  4. Cairkan mentega di periuk lain dan sejukkan.
  5. Bila keduanya sudah sejuk, pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata.
  6. Masukkan susu pekat dan kacau rata secara perlahan.
  7. Bila sudah rata, masukkan mentega cair dan kacau perlahan hingga rata.
  8. Tambahkan esen vanilla dan masukkan ayakan tepung dan soda. Kacau hingga rata.
  9. Masukkan gula hangus dan kacau rata.
  10. Tuangkan ke dalam loyang 7×7 inc yang sudah di lapik kertas pembakar dengan olesan sedikit butter.
  11. Perap aduan ini hingga 5 jam.
  12. Bila sudah perah 5 jam, masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan sebelumnya dengan suhu 170 darjah hanya guna api bawah selama 45 minit.
  13. 5 minit terakhir buka api atas dan bawah.
  14. Angkat kek dan sejukkan sebelum di potong.

Resepi oleh : Mama Annur

Bahan karamel:

  • 3 sudu mentega
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air mendidih

Cara buat karamel:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk, kemudian masukkan gula pasir.
  2. Hanguskan gula dengan api sederhana kecil hingga berwarna keperangan.
  3. Kalau suka rasa karamel agak pahit, hanguskan lebih lama sikit dari biasa.
  4. Bila sudah perang, tuang air panas mendidih ke dalam periuk tadi.
  5. Kacau hingga gula tadi menjadi rata dan larut.
  6. Padamkan api dan biarkan karamel sejuk.

Bahan kek:

  • 4 biji telur ayam gred B
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat manis

Cara buat kek sarang semut:

  1. Pukul-pukul telur dengan hand wisk.
  2. Masukkan susu pekat dan kacau hingga sebati.
  3. Ayak tepung gandum dan soda bikarbonat ke dalam adunan, masukkan sedikit-sedikit.
  4. Tepung dan gula karamel dimasukkan berselang-seli semasa mengadun.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang bila sudah nampak sebati.
  6. Rehatkan adunan dalam loyang selama 1-2 jam. Jangan risau bila adunan nampak cair.
  7. Panaskan oven pada suhu 170 darjah selama 10 minit.
  8. Selepas itu masukkan adunan ke dalam oven selama 1 jam menggunakan api bawah.
  9. Ubah mode ke api atas bawah selama 10 minit.
  10. Angkat dan sejukkan kek sebelum dipotong.

Resepi oleh : MyResepi

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas

Cara menyediakan:

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus
  2. Masukkan air dan masak semula hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega, sejukkan dan ketepikan.
  4. Pukul-pukul telur hingga kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur dan kacau hingga sebati.
  6. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat. Sebatikan.
  7. Akhir sekali masukkan air gula tadi dan perap adunan selama 3-4 jam.
  8. Bakar dalam oven 160-180 darjah dengan api sederhana selama 1 jam.

Baca juga: resepi kek red velvet

Itulah resepi kek gula hangus yang sedap dan lembut. Inilah hasil yang boleh cuba sendiri di rumah. Semua adalah rujukan paling best yang sudah saya cuba. Semoga sahaja anda berhasil membuatnya.

3 Best Resepi Kek Gula Hangus (Kek Sarang Semut) | resepi | 4.5