Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api / Padi

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api / Padi

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api / Padi - Ayam merupakan salah satu bahan makanan yang paling ramai digemari oleh masyarakat Malaysia. Ada pelbagai proses masakan yang boleh disajikan dengan menggunakan ayam, seperti ayam goreng kunyit, atau ayam masak lemak yang akan saya kongsi pada hari ini. Ayam masak lemak memiliki pelbagai macam versi, antaranya resepi ala minang, orang Johor, orang Melaka, ataupun daripada cara Negeri Sembilan.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api / Padi


Anda boleh menjadikan resipi ayam masak lemak sebagai masakan pembuka selera, tetapi tidak boleh selalu di makan kerana ia berlemak sangat. Mesti pandai-pandai makannya boleh menjadi sebab penyakit. Yang akan saya kongsi adalah ayam masak cili padi. Anda boleh menyediakan ayam masak lemak cili padi ini dicampur dengan nenas atau belimbing buluh sebagai citarasa masam. Tetapi itu ikut citarasa masing-masing sahaja.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam - di basuh dan toskan
  • 1 kotak santan kara
  • 15-20 biji cili api - di tumbuk lumat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 inci kunyit hidup - di tumbuk bersama cili api
  • 1 batang serai - di titik
  • 1 helai daun kunyit - di hiris
  • 1 cawan air
  • garam secukup rasa
Cara masak ayam masak lemak cili api
  1. Masukkan ayam dalam kuali panas dengan api yang paling kecil. Tidak perlu masuk minyak.
  2. Masukkan cili api dan kunyit hidup ke dalam kuali. Gaul dan panaskan sekejap hingga rata.
  3. Angkat ayam dan ketepikan.
  4. Panaskan santan dalam periuk dengan api sederhana hingga santan menggelegak.
  5. Masukkan ayam yang telah di gaul tadi ke dalam santan.
  6. Masukkan air sedikit sesuai cita rasa masing-masing.
  7. Kacau terus ayam jangan sampai santan pecah.
  8. Masukkan asam keping dan gaul sekejap.
  9. Masukkan garam dan daun kunyit. Gaul hingga hingga ayam masak.
Mudah sahaja kan resepi ayam masak cili api yang telah saya kongsi di atas. Tujuan langkah pertama untuk masak ayam tidak perlu minyak kerana nak bagi air ayam keluar agar nanti kuah lemak tidak anyir. Kalau anda tidak suka rasa masam, boleh tidak masukkan asam gelugor. Anda boleh masukkan kentang dan sedikit ikan bilis halus agar lebih sedap dan mengurangi rasa pedas.
Advertisement

Baca juga:

This Is The Newest Post
Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komentar

Tiada ulasan