Sayur Bayam Goreng Dengan Udang

Kuliah Zohor Ustaz Ibrahim Muhammad berkenaan hadis Rasulullah bersabda bagi orang yang be Sayur Bayam Goreng Dengan Udang

Kuliah Zohor Ustaz Ibrahim Muhammad berkenaan hadis Rasulullah bersabda bagi orang yang berpuasa samada puasa Ramadhan atau sunat ada 2 kegembiraan yang mereka gembira dengan kedua duanya. Gembira bila berbuka dan gembira bila bertemu Tuhannya dia akan bergembira dengan puasanya. 

Gembira bila berbuka pula ada dua iaitu kegembiraan jasmani dan rohani. Gembira jasmani adalah bila dapat makan dapat minum hingga hilang lapar. Kita disaran supaya mengikut sunnah Nabi dalam berbuka. 

Hadis riwayat Anas, menjelaskan cara Rasulullah berbuka puasa ialah dengan rutob dan air. Dimakan dalam jumlah ganjil iaitu 3 biji ke atas. Kalau tak ada rutob, Rasulullah berbuka dengan tamar, iaitu kurma kering. 

Kata Anas lagi, jika kedua duanya tak ada, Rasulullah minum 3 teguk air putih. Berpuasa juga untuk kesihatan. Jadi jangan berbuka dengan air manis. Ikutlah sunnah Rasulullah. Hanya puasa yang boleh melemahkan tabiat kebinatangan yang ada dalam diri manusia. Jadi jangan tewas masa berbuka. Lepas berbuka, solat dulu. Bila ikut sunnah Rasulullah, baru dapat pahala dan kesihatan yang baik pada kita. 

Manakala gembira semasa berbuka yang kedua ialah gembira rohani di mana kita gembira kerana berjaya melaksanakan ibadah dan diberi pahala berlipat ganda yang kita tidak tahu jumlahnya. Dalam surah Al Baqarah ayat 261 berkenaan pahala paling besar lebih dari 700 ialah puasa dan sabar dalam semua urusan. Berkenaan Sabar disebut dalam surah az zumar ayat ke 10 pahala sabar tanpa terhitung. 

Kegembiraan kedua ialah bila kita mati. Mati adalah berpindah alam dari alam dunia ke alam barzah. Gembira apabila orang berpuasa bertemu dengan Allah. Nabi bersabda, Orang mati akan bergembira dengan puasa. Gembira dapat melihat pahala puasa dia seperti yang dijanji Allah untuk orang berpuasa. Pahala puasa adalah pahala yang paling awal kita dapat lihat bila kita mati yang dilipat ganda melebihi 700.

Kuliah Zohor Ustaz Ibrahim Muhammad berkenaan hadis Rasulullah bersabda bagi orang yang be Sayur Bayam Goreng Dengan Udang

Saya menyediakan sayur bayam goreng selepas teringatkan masakan yang selalu dimasak oleh pelakun Fasha Sanda untuk anak anak beliau. Namun masakan Fasha sedikit berkuah. Nanti saya akan sediakan sayur seperti yang disediakan Fasha.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Video pun telah saya letak di youtube channel...


Kuliah Zohor Ustaz Ibrahim Muhammad berkenaan hadis Rasulullah bersabda bagi orang yang be Sayur Bayam Goreng Dengan Udang

Sayur bayam Goreng Udang
Oleh: Azie Ktchen

Bahan bahan:
1 ikat Bayam
1/2 batang karot
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 tangkai cili merah
2 sudu besar sos tiram
Secubit garam
10 ekor udang

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu dan keperangan.

Masukkan karot kerana karot perlu dilembutkan. 

Kuliah Zohor Ustaz Ibrahim Muhammad berkenaan hadis Rasulullah bersabda bagi orang yang be Sayur Bayam Goreng Dengan Udang

Kemudian masukkan sos tiram dan batang sayur bayam yang agak lembut.   

Akhir sekali masukkan daun bayam diikuti dengan cili hidup yang dihiris halus. Selamat mencuba...




Sumber http://www.aziekitchen.com/

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Lontong Dan Kuah Lodeh Yang Paling Sedap