Roti Sardin Gulung Mudah dan Sedap

ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan Roti Sardin Gulung Mudah dan Sedap

Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja, kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk dimakan buat berbuka. 

Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang #terbaikramadan, saya cadangkan untuk kita menyediakan sendiri satu atau dua hidangan yang mudah mudah dan ringkas. 

ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan Roti Sardin Gulung Mudah dan Sedap

Seperti yang saya tulis dalam entri entri lepas yang saya adalah penggemar sardin. Apa sahaja lauk atau kuih muih yang menggunakan sardin seperti sandwich, karipap sardin atau roti sardin gulung dll.

Hari ini saya ingin menggunakan resepi yang mudah, ringkas dan cepat untuk disediakan buat hidangan keluarga. Bagi wanita berkerjaya, masih sempat menyediakan kuih ini sebaik balik dari pejabat. 

ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan Roti Sardin Gulung Mudah dan Sedap

Kita memerlukan resepi yang ringkas ringkas dan mudah mudah sahaja. Yang penting, ianya sedap dan digemari keluarga. Kalau bulan Ramadhan, memang banyak kuih muih dijual di Bazar Ramadhan. Harga bukan sahaja mahal tetapi rasanya tidak lah sedap. 

Jadi masakan ringkas seperti ini, bolehlah disediakan sendiri di rumah. Selain dapat berjimat, dapat juga menjamu keluarga dengan air tangan kita sendiri. Anak anak suka berbuka dengan air teh lemon yang sejuk waktu berbuka. Saya pula memilih air teh panas.  

Jom layan resepi yang mudah dengan hanya tiga hingga empat langkah sahaja. Seperti biasa, jangan lupa video tersedia di youtube channel. Selamat mencuba...


ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan Roti Sardin Gulung Mudah dan Sedap

Roti Sardin Gulung 
Oleh:

Bahan bahan:
Roti Gardenia secukupnya
1 tin sardine Yeos
1/2 biji bawang besar - hiris nipis
1/2 tangkai cili merah - hiris
Sedikit garam
Perahan limau nipis/kasturi - opsyenal
3 biji telur - dipukul seketika 
Sedikit tepung gandum - bancuh dengan sedikit air

Cara cara:
Hancurkan ikan sardin dengan mengguna garfu. Masukkan bawang besar, cili merah, garam dan air perahan limau nipis. Nota: saya keluarkan sedikit sos sardin sebab tidak mahu ianya terlalu berkuah.

ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan Roti Sardin Gulung Mudah dan Sedap

ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan Roti Sardin Gulung Mudah dan Sedap

Gelekkan kedua dua permukaan roti menggunakan kayu pencanai sehingga leper. Potong roti kepada 2 bagi menghasilkan kuih yang sederhana saiz dan mudah dimakan.

ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan Roti Sardin Gulung Mudah dan Sedap

Letak inti dihujung roti dan terus gulung dengan ketat. Jangan letak inti terlalu banyak kerana ia akan terkeluar semasa digulung. 

ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan Roti Sardin Gulung Mudah dan Sedap

ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan Roti Sardin Gulung Mudah dan Sedap

Di hujung, sapukan sedikit bancuhan tepung gandum sepanjang roti untuk melekatkan gulungan roti tadi. Ianya supaya gulungan roti tidak terbuka semasa digoreng. 

ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan Roti Sardin Gulung Mudah dan Sedap

Susun roti yang digam tadi ke dalam pinggan dalam keadaan bahagian yang digam itu terletak di bahagian bawah. Buat sehingga habis semua inti. 

ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan Roti Sardin Gulung Mudah dan Sedap

Celupkan roti tadi dalam telur dan terus goreng. Jangan dicelup awal, kerana roti akan kembang. Jangan dicelup terlalu banyak, untuk mengelakkan telur menyerap minyak ketika digoreng. 

ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan Roti Sardin Gulung Mudah dan Sedap

Goreng sehingga ianya berwarna keperangan. Angkat dan tos di atas tisu dapur. Hidangkan ketika panas panas. 

ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan Roti Sardin Gulung Mudah dan Sedap

Nota:
Jika suka, boleh juga ditumis sardin terlebih dahulu.

Boleh juga selepas dicelup dalam telur, dicelup dalam breadcrumb sebelum digoreng.




Sumber http://www.aziekitchen.com/

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Lontong Dan Kuah Lodeh Yang Paling Sedap