Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Rendang Ayam Pedas Perak versi Bonda Mertua saya sangat sedap dimakan dengan lemang, ketupat dan juga mee hoon. Ianya adalah rendang yang paling sedap di tekak saya. Ianya lain dari yang lain. Wallaaa sedap sangat. 

Saya ingin dedikasikan resepi ini buat arwah Bonda Mertua saya Hajah Esah Kulup Mat Sari yang menunjuk ajar saya resepi masakan rendang pedas ini. Resepi rendang yang mula mula saya pelajari. Sama sama doakan agar roh arwah dicucuri rahmah dan diampuni segala dosa. Semoga arwah mendapat pahala dari perkongsian ini. Aameen. 

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Ketika menghadiri majlis pernikahan anak buah suami di Ampang Jaya, saya dibekalkan dengan sebekas rendang pedas ayam dan mee hoon untuk berbuka puasa. Setelah merasa rendangnya, tiba tiba teringatkan rendang yang setiap tahun disediakan oleh Bonda Mertua kerana rasa dan rupanya sangat sama. 

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Sejak berkahwin, saya akan balik kampung suami sehari atau dua hari sebelum raya. Jadi hari sebelum raya, memang suami akan ke pasar bersama Bonda Mertua untuk membeli bahan bahan untuk dimasak rendang dan lain lain juadah raya. 

Saya akan turut sama menghiris bahan bahan yang digunakan untuk masakan rendang. Semua bahan dihiris kecuali cili kering, lengkuas dan kunyit hidup. Memang agak remeh dan memakan masa. Saya jenis yang tidak tahan panas. Jadi suami akan cari kipas angin dan dipasang ke arah saya yang berpeluh peluh kepanasan. Saya selalu terfikir kenapa perlu dihiris, kenapa tidak dikisar sahaja. Tapi ketika itu, saya tidak berani bertanya. Hanya mengikut sahaja apa yang disuruh. 


Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Setelah semuanya siap dihiris, dimasukkan ke dalam kuali besar, barulah api dinyalakan. Dapur gas diletak dilantai bagi memudahkan untuk selalu dikacau. Ketika itu, saya tidak pula memerhatikan sukatan bahan bahannya kerana ianya dimasukkan ala campak campak sahaja. 

Bayangkan ketika berbuka puasa, kami akan makan rendang yang telah dimasak dari pagi itu secara beramai ramai dengan duduk bersila di lantai. Rendangnya agak berbeza kerana ianya kering dan berserdak kerana penggunaan kelapa parut yang digoreng. Jadi rendangnya memang sedap dicicah dengan lemang. 

Memang lain dengan rendang biasa yang kita temui di kedai kedai yang dimasak untuk dimakan dengan nasi campur. Ianya berwarna kemerahan dan kering, tidak berminyak minyak. Lagi lama dipanaskan akan lagi kering dan sedap.

Hari ini saya tidak menghiris bawang kerana saya merasmikan penggunaan blender Phillips yang saya beli semalam. Ianya boleh mengisar bawang tanpa menggunakan air. Bahan lain semua disediakan mengikut cara Bonda Mertua.

Jom layan resepi yang saya salin berdasarkan sukatan yang biasa saya guna dalam menyediakan rendang, cuma kaedah penyediaannya sahaja mengikut cara arwah Bonda Mertua. Maklum dia memasak dalam jumlah yang banyak dalam 4-5 ekor ayam sekali masak. Jangan lupa video penyediaannya ada di youtube channel di SINI.


Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua
Oleh:

Bahan-bahan:
2 ekor ayam - dipotong 14
1 kg santan segar
1 biji kelapa parut 
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
1 1/2 sudu besar garam kasar atau secukup rasa
1 sudu besar gula pasir atau secukup rasa

Bahan kisar:
15 - 20 tangkai cili kering - saya guna 8-9 sudu besar cili kisar
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup

Bahan hiris:
8 batang serai 
2 inci halia 
20 ulas bawang merah 
10 ulas bawang putih
2 helai daun kunyit

Cara cara:
Masukkan ayam yang dicuci bersih ke dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan bahan kisar ke dalam kuali. Kacau rata. 

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Nyalakan api dan masak seketika agak agak air ayam kering sedikit. Tuangkan santan dan masak dengan api sederhana sehingga kuah hampir kering. 

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Kacau sekali sekala supaya ianya tidak hangus dan melekat di bahagian bawah kuali. Tapi kena berhati hati supaya isi ayam tidak hancur.


Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Sementara itu, goreng kelapa parut sehingga keperangan dan tumbuk atau kisar kasar kasar sahaja. 

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Setelah kuah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kelapa goreng, garam, gula dan asam keping. 

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Setelah kuahnya kering, tabur hirisan daun kunyit dan bolehlah ditutup api. Lagi lama dipanaskan, rendang akan menjadi lebih kering dan sedap. 

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Nota:
Boleh tambah cili kisar mengikut kepedasan yang diingini ketika rendang sedang dimasak di atas dapur. 

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap



Sumber http://www.aziekitchen.com/

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Kuah Durian Musang King Untuk Hidangan Berbuka