Nasi Goreng Ikan Bilis Yang Sedap dan Berkhasiat Seimbang


 asyik makan lemang ketupat rendang nasi impit Nasi Goreng Ikan Bilis Yang Sedap dan Berkhasiat Seimbang

Beberapa hari beraya, asyik makan lemang ketupat rendang nasi impit. Makan pedas manis berlemak menjadikan perut pun terkejut dan meragam. Kalau dapat makan nasi goreng, memang win. Percayalah pasti menjadi rebutan. Memasak nya pun sangat mudah dan yang penting semua orang suka. 

Balik dari Kelantan, saya ingin terus berpuasa enam dan berazam untuk berpuasa setiap isnin dan khamis. Kata ustaz kita mesti menanam azam untuk membuat kebaikan. Dengan azam tersebut, kita telah pun dituliskan pahala dan kebaikan walaupun belum lagi melakukannya. 

Hidangan sarapan kegemaran saya selain nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang adalah nasi goreng. Bila masuk ke dapur, ada nasi putih yang banyak, saya cepat cepat buka peti ais untuk melihat apa bahan yang ada. Hmm tak ada kacang panjang. Kalau tak ada kacang, boleh juga letak karot atau kalau tak ada juga, tak payah letak apa apa sayuran. Tetap sedap. Yang penting ada ikan bilis. 

Cari pula cili merah dalam peti ais. Kalau tak ada, guna jer cili kering kisar satu sudu besar. Mudah bahan bahannya. Jangan lupa, mesti nak campak sebiji dua telur. Ala ala wajib lah untuk nasi goreng saya.

 asyik makan lemang ketupat rendang nasi impit Nasi Goreng Ikan Bilis Yang Sedap dan Berkhasiat Seimbang

Pendek kata, apa yang dimasak mesti seimbang khasiat pemakanannya. Ada sayuran segar, ada protein dari telur dan ikan bilis dan ada kabohidrat dari nasi. Walaupun susah untuk galakkan anak anak makan sayuran, tapi saya tetap juga pastikan nasi goreng saya ada sayuran. Juita dan Aween suka makan sayuran. Alhamdulillah. Yang lain akan kuis kuis sayuran ke tepi pinggan. Puas memujuk tapi tak berhasil. 

Jom Klik di SINI untuk entri sebelum ini. Saya boleh makan nasi goreng, bila bila masa sahaja. Tapi itulah yang pelik, cukup susah nak cari nasi goreng yang dijual yang sedap. Bukan susah pun sebenarnya untuk menyediakan nasi goreng sedap. Cukupkan sahaja perasanya. Pasti sedap.

 asyik makan lemang ketupat rendang nasi impit Nasi Goreng Ikan Bilis Yang Sedap dan Berkhasiat Seimbang

Nasi Goreng Ikan Bilis Dengan Karot
Oleh:

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
1 batang karot - potong dadu
2 biji telur
1 sudu besar cili kisar
Garam
Serbuk perasa - opsyenal
Bawang goreng - tabur
Daun sup/daun bawang - tabur

Bahan tumbuk:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis - tumbuk kasar

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili garing dan masak. 

Masukkan karot dan kacau sehingga separuh lembut. Jangan lembut sangat kerana nanti bila nasi siap, akan terlebih lembut pulak. Kita mahu karot yang masih rangup. 

Masukkan pula telur. Biarkan seketika sebelum dikacau telur tersebut. 

Tuangkan nasi putih dan kacau sehingga bergaul rata. 

Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa, jika suka. Sesuaikan rasa kerana setengah ikan bilis agak masin. Jadi kena rasa dulu, sebelum ditabur garam. 

Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan daun sup. Tadaaa siaaap... Selamat mencuba. 





Sumber http://www.aziekitchen.com/

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Nutella Hazelnut Cake Sedap Dari Resepi Kek Kafe