Kari Udang

Sejak beberapa hari menyambut Hari Raya Aidil Fitri Kari Udang

Sejak beberapa hari menyambut Hari Raya Aidil Fitri, saya belum lagi menjamah makan nasi seperti biasa. Maksudnya nasi putih dengan hidangan lauk pauk. Saya hanya makan nasi dagang di SINI atau nasi minyak dengan lauk pauknya sahaja ketika di Kelantan baru baru ini. 

Balik KL, saya terus berpuasa enam di bulan Syawal yang pahalanya sangat besar di mana dengan berpuasa 6 hari seolah kita berpuasa setahun. Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164]. Di dalam hadis ini Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya. Jadi amat rugilah pada sesiapa yang tidak mahu melakukannya.


Hidangan berbuka puasa saya juga tidak berasaskan nasi di mana hari pertama saya memasak lontong dan kuah lodeh di SINI serta nasi impit dan sambal kelapa di SINI.

Sejak beberapa hari menyambut Hari Raya Aidil Fitri Kari Udang

Hari berikutnya saya menyediakan Mee Sup Tulang dan Mee hoon goreng. Seterusnya saya menyediakan kuah durian Musang King di SINI dengan mee goreng yang saya goreng sendiri, maksudnya tidak menggunakan perencah segera. Haa nampak tak, belum jumpa nasi. 

Itu yang tiba tiba saya teringatkan Kari Udang yang telah saya sediakan semasa Ramadhan yang lalu. Boleh memberi idea apa yang hendak dimasak. Pasti sedap dimakan dan kuahnya digaul gaul dengan nasi putih panas panas. Kebetulan pulak kebelakangan ini, udang udang yang dijual di kedai runcit di Kota Damansara adalah bersaiz besar dan sangat segar.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Yang bestnya bila memasak Kari Udang ialah kuahnya juga sangat sedap dicicah dengan roti atau roti jala atau apa apa sahaja kerana kuahnya akan terasa kemanisan udangnya. Kuahnya dibuat sedikit pekat pekat. Wallaaa...


Sejak beberapa hari menyambut Hari Raya Aidil Fitri Kari Udang

Kari Udang
Oleh:

Bahan bahan:
1/2 kg udang
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 pek 24 gram rempah Kari Udang 
1 kotak santan kotak
1/2 sudu kecil pes asam jawa 
1/2 sudu besar garam 

Cara cara:
Separuh dari bawang dan halia dihiris dan separuh lagi dikisar. 

Panaskan minyak dan tumis bahan hiris serta bahan kisar sehingga wangi. 

Masukkan rempah kari udang serbuk dan kacau rata dengan laju. Kemudian masukkan sedikit air. Masak sehingga kering dan pecah minyak. Jika suka, masukkan air lagi sekali dan masak hingga pecah minyak sekali lagi. 

Sejak beberapa hari menyambut Hari Raya Aidil Fitri Kari Udang

Setelah pecah minyak, masukkan udang dan kacau rata dengan api yang besar. 

Sejak beberapa hari menyambut Hari Raya Aidil Fitri Kari Udang

Masukkan air dan pes asam jawa secukupnya. Kacau rata. Masukkan santan dan garam. 

Kecilkan api dan biarkan merenih sehingga kuah terbit minyak. Sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat kerana udang tidak sedap dimasak terlalu lama. 



Sumber http://www.aziekitchen.com/

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Kuah Durian Musang King Untuk Hidangan Berbuka