Posts

Showing posts from June, 2018

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Image
Rendang Ayam Pedas Perak versi Bonda Mertua saya sangat sedap dimakan dengan lemang, ketupat dan juga mee hoon. Ianya adalah rendang yang paling sedap di tekak saya. Ianya lain dari yang lain. Wallaaa sedap sangat. 

Saya ingin dedikasikan resepi ini buat arwah Bonda Mertua saya Hajah Esah Kulup Mat Sari yang menunjuk ajar saya resepi masakan rendang pedas ini. Resepi rendang yang mula mula saya pelajari. Sama sama doakan agar roh arwah dicucuri rahmah dan diampuni segala dosa. Semoga arwah mendapat pahala dari perkongsian ini. Aameen. 

Ketika menghadiri majlis pernikahan anak buah suami di Ampang Jaya, saya dibekalkan dengan sebekas rendang pedas ayam dan mee hoon untuk berbuka puasa. Setelah merasa rendangnya, tiba tiba teringatkan rendang yang setiap tahun disediakan oleh Bonda Mertua kerana rasa dan rupanya sangat sama. 

Sejak berkahwin, saya akan balik kampung suami sehari atau dua hari sebelum raya. Jadi hari sebelum raya, memang suami akan ke pasar bersama Bonda Mertua untuk membel…

Ayam Goreng Berempah Istimewa

Image
Entri hari ini adalah entri lauk yang disediakan semasa Ramadhan yang baru lalu. Kena queue untuk posting, itu sebab terlajak sehingga lepas Ramadhan. Tapi lauk ini boleh disediakan bila bila masa, jadi tak kisahlah post selepas Ramadhan pun. 

Resepi ayam goreng berempah ini saya pelajari dari sahabat alam maya saya Yatie Kitchen. Alhamdulillah sedap. Gambar tak berapa menarik kerana diambil ketika hari dah gelap, dah nak masuk waktu berbuka. 

Kebetulan saya masuk ke dapur agak lewat. Ayam ini pula kena diperap lama lama, baru sedap. Apa apa pun yang penting anak anak saya suka makan.


Saya menanyakan Yatie cara beliau menggoreng ayam yang simple. Saya tengok resepi paling simple ialah garam, serbuk kunyit dan serbuk cili. Jadi kot dia ada resepi lain. Haa betul tekaan saya. Resepi ayam Yatie yang paling mudah ialah menggunakan serbuk kunyit, rempah kari dan pes asam jawa. 

Walaupun sekadar resepi ayam goreng tapi saya memang tak akan jemu atau malu untuk bertanya resepi. Hasilnya saya da…

Kari Udang

Image
Sejak beberapa hari menyambut Hari Raya Aidil Fitri, saya belum lagi menjamah makan nasi seperti biasa. Maksudnya nasi putih dengan hidangan lauk pauk. Saya hanya makan nasi dagang di SINI atau nasi minyak dengan lauk pauknya sahaja ketika di Kelantan baru baru ini. 
Balik KL, saya terus berpuasa enam di bulan Syawal yang pahalanya sangat besar di mana dengan berpuasa 6 hari seolah kita berpuasa setahun. Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164]. Di dalam hadis ini Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.
Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari s…

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Image
Antara makanan kegemaran saya sejak kecil ialah nasi impit yang dicicah dengan sambal kelapa ikan. Saya tidak terlalu sukakan kuah kacang. Kalau tak ada pun tak apa. 
Masa balik kampung pada hari raya ketiga, kakak ipar saya Kak Harison ada menyediakan sambal ikan untuk dimakan dengan nasi dagang. Tetapi sayang kerana tiada nasi impit. Jadi saya tak dapat lah makan sambal ikan kegemaran saya ini. 

Bila balik ke KL, asyik teringat ingat sahaja. Kebetulan ianya adalah hari pertama saya berpuasa enam bulan Syawal, jadi saya gagahkan diri untuk masuk ke dapur. Di samping menyediakan kuah lodeh dan lontong di SINI, saya juga sediakan Sambal Ikan untuk dimakan dengan nasi impit. Nasi impit direbus untuk dimakan dengan kuah lontong. 

Saya makan ketika berbuka dengan hanya nasi impit dan sambal kelapa sehingga kenyang, baru menjamah makanan lain. Macam orang betul betul mengidam lagaknya. Sebelum naik tidur, sekali lagi masuk ke dapur. Mengulang buat kali kedua. Keesokannya saya makan sekali lag…

Kuah Durian Musang King Untuk Hidangan Berbuka

Image
Ini adalah entri tertunggak di bulan Ramadhan lalu yang tidak sempat di post. Saya post juga kerana kuah durian pada hari ini sangat sedap dan meletop. Banyak sebab yang menyebabkan ianya lebih sedap. 

Pertama nya, saya guna durian Musang King yang memang ada stock dalam peti ais. Sebetulnya bila guna durian sedap, kuah durian juga akan sedap. 

Keduanya, ia lebih sedap, kerana saya menggunakan santan segar yang tidak dicampur air. Dibeli dengan harga RM12 sekilo. Memang sangat ketara bezanya menggunakan santan kotak dengan santan asli. Ketika dikacau di atas dapur, kita boleh melihat ianya sangat lemak dan kelihatan berkilat cantik.
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Sekali sekala berbuka dengan kuah durian ni, memang sangat berselera di buatnya. Sementara kita masih berpuasa 6 di bulan Syawal, bolehlah kita menyediakan Kuah Durian untuk hidangan berbuka puasa. Saya makan kuah durian dengan roti sahaja. 

Kuah Durian  Oleh:
Bahan-bahan: 8 ulas isi durian Musang King 1/2 kg santan se…

Lontong Dan Kuah Lodeh Yang Paling Sedap

Image
Pada tekak saya, kuah lodeh dan lontong yang paling sedap adalah Lontong Nur Qaseh dari . Hahaha over giler tu, masuk bakul angkat sendiri. Jangan kecam saya. Hahaha kerana ianya adalah satu hakikat. Selera kita berbeza antara satu sama lain. Selera saya yang cerewet ini hanya boleh angkat ibu jari sendiri dengan resepi ini.

Sebetulnya tidak susah menyediakan kuah lodeh yang sedap tetapi cuba perhatikan semasa kita pergi beraya, memang susah untuk menemui lontong dan kuah lodeh yang sedap. Inlah agaknya yang dikatakan air tangan dan lagi satu memasak perlukan minat, baru ianya terhasil dengan penuh kasih sayang. 

Resepi yang telah saya gunakan sejak lebih 20 tahun yang lalu masih lagi the keeper recipe untuk kuah lodeh dimakan dengan nasi impit ganti lontong.  Semalam saya memasak kuah lodeh untuk berbuka puasa hari pertama saya berpuasa enam. Masih dalam kepenatan kerana tiba dari Kota Bharu pun sudah hampir pukul 2.30 pagi. Tapi dek dah lama nak makan lontong dengan kuah lodeh yang se…