Nasi Goreng Daging Wagyu

Kita mulakan entri hari ini dengan sedikit perkongsian minda dari petikan Kuliah Zohor ole Nasi Goreng Daging Wagyu

Kita mulakan entri hari ini dengan sedikit perkongsian minda dari petikan Kuliah Zohor oleh Ustaz Abu Jihad berkenaan tanda ikhlas iaitu pertama tidak bertambah amalan sebab orang puji atau tak berkurang dengan sebab orang keji. Maksudnya ianya tidak terkesan dengan pujian dan kejian orang. 

Kedua, dia lupa memandang amalan yang lepas. Jangan tengok dan ingat lagi amalan yang dulu. Ketiga, dia lupa kepada pahala hari akhirat. Maksudnya dia redha beribadah semata mata kerana Allah. Amalan hanya lah sebagai tanda syukur akan nikmat dunia yang Allah bagi cukup banyak. Nikmat Allah tak terhitung banyak nya. 

OK kita masuk bab resepi pula. Melihatkan baki daging wagyu dari steak dan daging di tulang Tomahawk dari makan malam kami di SINI, saya meminta Juita supaya menyimpan untuk dimasak nasi goreng. Tak mahu membazir. Lagi pulak, saya melihat Nedim Nazri Aziz suami Nora Danish menyediakan nasi goreng Wagyu di restoran N97 milik mereka.

Kita mulakan entri hari ini dengan sedikit perkongsian minda dari petikan Kuliah Zohor ole Nasi Goreng Daging Wagyu

Nana dan Alain keluar awal pagi untuk menyertai larian Stanchart di Kuala Lumpur. Nelly pula bersarapan di luar. Jadi saya menyediakan nasi goreng dengan dibantu Mia dan Hafez. Nasi goreng simple dimple cara saya, main campak campak jer.

Sangat sedap nasi goreng bila terdapat rasa lemak dari daging Wagyu, Saya menambah sehingga 3 kali. Hahaha

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini..

Kita mulakan entri hari ini dengan sedikit perkongsian minda dari petikan Kuliah Zohor ole Nasi Goreng Daging Wagyu

Nasi Goreng Daging Wagyu
Oleh:

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
4-5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris 
2 sudu besar cili kering goreng - yang digoreng dan kisar
Garam
Daging wagyu
3 biji telur
Bawang goreng - tabur

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang bawang yang dihiris sehingga wangi dan keperangan. Masukkan telur dan biarkan telur mengeras sebelum dikacau kacau. 

Masukkan daging wagyu dan kacau rata. Masukkan nasi putih dan kacau rata.

Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan. Tabur dengan bawang goreng.

Nota:
Jika tiada daging, saya biasa gunakan ikan bilis untuk nasi goreng seperti di atas.



Sumber http://www.aziekitchen.com/

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Lontong Dan Kuah Lodeh Yang Paling Sedap