Cucur Udang Sedap Dari Juita

 Tidak lama lagi kita akan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara untuk mengundi Cucur Udang Sedap Dari Juita

Tidak lama lagi kita akan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara untuk mengundi. Tarikh mengundi yang ditetapkan oleh SPR ialah pada tengah minggu iaitu hari Rabu 9 Mei 2018. 

Walaupun apa hari yang ditetapkan, sama sama lah kita menunaikan tanggungjawab mengundi untuk memilih pemimpin dan kerajaan yang akan memerintah untuk tempoh 5 tahun akan datang. Satu jangka masa yang panjang sekiranya kita tidak membuat pilihan yang tepat. 

Fikirlah sebaiknya sebelum membuang undi kerana ianya bukan sahaja menentukan masa depan kita tetapi juga masa depan anak cucu cicit serta generasi akan datang. Cuma perlu diingatkan agar semua orang saling menghormati pendapat orang lain. 

Kita mestilah "agree to disagree". Jangan sampai berpecah belah dan bermusuh. Dalam group WhatsApp jangan mudah sentap jika hujjah atau perkongsian yang berbeza dengan pilihan kita. Jika tidak suka, jangan baca. Atau jika mampu, jawab dengan hujjah berdasarkan fakta. Tak perlu emo emo tau. Nanti lepas pilihanraya, jangan sampai terus bermasam muka. 

Sekarang kita masuk bab resepi pula. Sangat sedap cucur udang yang disediakan Juita. Hari ini Juita telah berangkat balik ke Manchester. Saya memang suka cucur udang tradisional yang tidak dimasukkan bahan atau serbuk penaik. Saya makan begitu sahaja dengan tidak dicicah dengan sos cili pun. Sebab ianya dah sangat sedap. 


Tidak lama lagi kita akan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara untuk mengundi Cucur Udang Sedap Dari Juita


Hari ini, saya masih bercuti. Saya redha dengan apa yang menimpa kerana ianya ada menpunyai hikmah tersembunyi. Allah mungkin mahu memberikan kerehatan pada saya yang kebelakangan ini agak kepenatan mental dan fizikal. 

Jom layan resepi yang telah Juita ubahsuai supaya lebih mudah untuk menyediakannya. Tinggal campak semua bahan di dalam bekas, kacau kacau dan siaaappp...


Tidak lama lagi kita akan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara untuk mengundi Cucur Udang Sedap Dari Juita

Best Ever Cucur Udang
Oleh:

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan udang kecil putih
3/4 cawan bawang besar Holland - potong dadu
1 tangkai cili merah - cincang
1 cawan daun kucai - cincang
3/4 cawan isi jagung - fresh - tak letak sebab tiada stock
2 sudu kecil garam - boleh kurangkan
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk kunyit 

1/2 cawan air panas thermos
1 1/4 cawan air biasa

Cara cara:
Satukan semua bahan di dalam satu bekas dan kemudian tuang air panas dan air biasa yang disatukan sedikit demi sedikit sehingga sesuai kepekatannya. 


Tidak lama lagi kita akan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara untuk mengundi Cucur Udang Sedap Dari Juita

Boleh dibiarkan seketika bagi membolehkan adunan mesra sebelum digoreng.

Goreng di dalam minyak yang panas sehingga keperangan, angkat dan toskan. Bolehlah dihidangkan bersama sos air lada yang biasanya diguna untuk mencicah keropok atau guna sos cili Thai. 

Tidak lama lagi kita akan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara untuk mengundi Cucur Udang Sedap Dari Juita

Tidak lama lagi kita akan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara untuk mengundi Cucur Udang Sedap Dari Juita

Nota:
Kali ini tak letak soda bikarbanat kerana inginkan cucur tradisional. Jika suka yang kembang, boleh letak 1/4 sudu kecil soda bikarbanat di dalam tepung gandum. 

Tidak lama lagi kita akan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara untuk mengundi Cucur Udang Sedap Dari Juita



Sumber http://www.aziekitchen.com/

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Lontong Dan Kuah Lodeh Yang Paling Sedap