Posts

Showing posts from April, 2018

Nasi Goreng Kampung Sedap dan Mudah

Image
Setiap kali bulan Ramadhan, saya memang akan mengurangkan aktiviti dan masa di dapur. Bukan bermakna saya tidak memasak tapi saya lebih fokus kepada masakan yang simple dan mudah disediakan. 
Masakan untuk dihidangkan waktu bersahur adalah sesuatu yang agak memeningkan kepala para wanita terutama ibu ibu. Hubby dan anak anak saya memang tidak makan nasi berlauk pauk masa bersahur. Paling paling pun makan nasi putih dengan ayam goreng dan berkuah kicap sahaja. 

Di kebanyakan masa, saya hanya menyediakan nasi goreng. Nasi goreng adalah kegemaran keluarga saya untuk bersahur. Saya cuma akan pelbagaikan menu nasi goreng agar tidak menjemukan. Nasi goreng kampung, nasi goreng Cina, nasi goreng sardin dsb. 
Kalau anda pernah baca entri sebelum ini, pasti anda akan tahu yang saya banyak menggunakan perencah nasi goreng Seri Aji untuk menyediakan hidangan sahur kerana ianya sangat mudah dan cepat disediakan sebab ia lengkap dengan bahan bahanasli seperti ikan bilis, cili padi, belacan dan penamb…

Pulut Durian Musang King dan Hari Penamaan Calon PRU14

Image
Hari ini adalah hari penamaan calon bagi PRU14. Tahniah kepada sahabat kami Dato Ir Wan Nazari Wan Jusoh yang akan bertanding Parlimen Besut. Kami memanggil beliau dengan panggilan Tok Wan. Kami memang kenal sejak di universiti lagi. 

Apa yang saya boleh katakan, Tok Wan dari dulu dulu memang menpunyai ciri ciri seorang wakil rakyat. Beliau sangat mengambil berat hal ehwal kawan kawan atau saudara mara atau sahabat handai atau sesiapa sahaja. Setiap kali kami turun ke Terengganu pasti dia akan datang bertemu dan membawa kami makan walau macam mana sibuk pun beliau ketika itu. 

Orangnya juga sangat tinggi budi pekertinya dan sangat menghormati orang lain. Kalau orang Kelantan atau Terengganu panggil orang seperti Tok Wan ialah cakna, iaitu selalu ambil berat. Tahniah buat Tok Wan. Semoga orang orang Besut akan mengundi sahabat saya ini. OK sekarang kita bercerita pasal pulut kukus dan durian musang king pula.

Entri hari ini adalah entri tertunggak. Hahaha entri pun ada tertunggak tau. Seh…

Sambal Ikan Bilis Sedap Resepi Nasi Lemak Layan

Image
Resepi Sambal Nasi Lemak Layan ini telah lama saya sediakan. Saya ada kongsikan video di  youtube channel. Ramai yang komen menegur saya menggunakan terlalu banyak minyak. 

Bukan saya tidak boleh menerima teguran tetapi kalau seorang meninggalkan beberapa komen berbalas balas seolah sangat tidak berpuashati dengan apa yang saya telah lakukan, jadi jawapan saya mudah sahaja. Jika tak suka, tak perlulah tengok. Saya juga menpunyai hati dan perasaan, bila ditulis seolah saya sangat jahil tentang kesihatan dsb. Bukan bermakna saya hanya suka dipuji. Allah yang lebih Mengetahui yang saya juga tidak suka dipuji kerana kuatir akan menyebabkan niat asal saya tersasar. 

Zaman sekarang semua orang boleh menegur kerana semua orang boleh menaip. Tapi berpada pada lah juga jangan sampai teguran kita menyinggung perasaan orang lain. Resepi sambal nasi lemak ini saya pelajari dari Lisa tuan punya Nasi Lemak Layan yang memang terkenal. 

Bila Lisa memberitahu sambal nasi lemak dia sangat kebabom, ada jug…

Masak Lemak Daging Salai Yang Sedap

Image
Semalam beberapa orang rakan jemaah di surau menanyakan kenapa telah lama tidak nampak saya. Saya sungguh terharu kerana mereka sedar ketidakhadiran saya. Semoga persahabatan seperti ini berkekalan hingga ke jannah. Sejak saya tidak sihat dan bercuti sakit beberapa minggu, baru minggu ini saya mulai ke surau untuk mendengar kuliah zohor dan solat berjemaah. Semoga Allah terus menjemput saya untuk hadir ke majlis majlis taman syurga. Aameen. OK sekarang kita masuk bab masakan pula. 

Lauk masak lemak daging salai adalah antara lauk yang menjadi kegemaran saya. Saya mula belajar makan masakan nogori ini hanya setelah bekerja sahaja. Itu pun setelah bertanya tanya resepi dari kawan kawan sepejabat. Baru baru kawin, tengah bersemangat nak memasak untuk suami. Tapi tak nak lah masak masakan Kelantan sahaja. Itu yang rajin bertanya resepi dengan kawan kawan. 

Maklum lah masa tu, nak dapat resepi kena menanya dengan kawan kawan. Salin dan tulis di buku resepi. Resepi bersepah juga dalam majalla…

Kari Ayam Cara Keluarga Saya

Image
Bila badan terasa tidak sihat, selera makan jadi tidak menentu. Tiba tiba rasa ingin makan roti dengan dicicah kari ayam atau dipanggil juga gulai ayam. Walaupun ianya resepi berulang ulang tapi ianya adalah semata mata untuk melengkapkan pengisian entri dan penulisan saya pada hari ini. 

Teringin nak makan kari ayam cara masakan arwah Bonda dahulu. Kari ayam cara keluarga saya memang sangat simple. Sebetulnya arwah Bonda tidak pernah meletak daun kari dalam semua masakan kari. Pokok kari pun tak ada rasanya di rumah kami.

Mungkin anda tidak percaya kalau dikatakan, di rumah kami tidak pernah dimasak kari ikan. Tidak pernah sekali pun. Masakan kari hanya untuk ayam dan daging sahaja. Saya hanya makan kari ikan di rumah mertua sahaja. Ikan hanya akan dimasak gulai lemak selain digoreng atau dibuat ikan singgang. 

Lagi satu saya jarang meletak ubi kentang dalam kari kerana arwah Bonda pun tak pernah memasukkan ubi kentang. Pertamanya kerana kami tak pernah beli ubi kentang dan keduanya ker…

Jalan Jalan Cari Makan Di Muar

Image
Telah bertahun tahun lamanya, saya mengajak Hubby untuk ke Muar. Ada beberapa perkara menarik yang ingin saya dapatkan di sana. Pertama agenda JJCM dan kedua nurseri. 
Kami bertolak seawal pukul 7 pagi dari rumah dan sampai di destinasi pertama kami pukul 9.30 pagi. Tempat pertama kami singgah ialah Restoran ZZ Satay Warisan di tengah tengah bandar Muar. Ianya disyorkan oleh jiran kami Dato Araffin yang memberitahu sate di sini sangat sedap. Kalau di Kelantan, sate dimakan semasa sarapan bersama nasi impit. Tapi di Muar, sate dimakan begitu sahaja sebagai hidangan sarapan.

Selain sate kami juga memesan mee rebus yang boleh tahan juga sedap nya. Kami agak lama juga di situ. Makan dengan steady. Tak mahu tergesa gesa. Alang alang menghabiskan masa 2 jam dalam perjalanan, ambik peluang untuk meregangkan pinggang juga. Lagi pun restoran agak selesa kerana ianya berhawa dingin. 

Orang agak ramai bersarapan di situ. Selepas dihidangkan, kita perlu mengira jumlah lidi sate sebelum ke kaunter un…