Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap

 Saya kini diuji dengan kesibukan dan bebanan kerja yang sangat banyak Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap

Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Lapang sebelum sibuk. Mungkin itu yang saya hadapi kini. Saya kini diuji dengan kesibukan dan bebanan kerja yang sangat banyak. Kesibukan ini menyebabkan saya tidak lagi sempat memasak selepas balik dari pejabat. Lagi pulak, fizikal dan mental telah menjadi terlalu penat. Kepenatan ini menjadikan saya tidak larat untuk ke majlis ilmu yang diadakan di surau. 

Saya hanya mahu tersenyum kerana saya yakin Allah sedang menguji saya. Allah tidak akan menguji saya di luar kemampuan saya. Saya yakin kesukaran ini pasti berlalu. Sangat pasti. Cuma perlu sabar menunggu saat itu. 

Saya percaya bersama kesusahan, ada kesenangan. Hidup ibarat roda. Tak selamanya yang di atas akan berada di atas atau selamanya kita berada di bawah. Secara semulajadi, roda akan berputar. OK kita tinggalkan dulu bab ujian, sekarang kita masuk sedikit topik blog. 

Ketika saya mula menulis blog, saya tidak pernah terfikir untuk menjadikan blog saya bermotifkan kewangan. Mungkin sebab saya menpunyai kerjaya. Blog hanya sebagai mengisi masa lapang bagi membolehkan saya berkongsi ilmu dan resepi resepi masakan. 

Walaupun ada kawan kawan yang mencadangkan supaya saya mengenakan bayaran dari resepi, saya masih tidak tertarik. Pada saya, duit yang diperolehi mungkin tidak seberapa berbanding pahala yang diperolehi. 

 Saya kini diuji dengan kesibukan dan bebanan kerja yang sangat banyak Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap

Tapi baru kini saya tahu bahawa ada yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan. Saya pun tak tahu bagaimana mereka menjana pendapatan. Tapi sejak setahun yang lalu, barulah saya faham bagaimana blogger menjana pendapatan dari blog. 

Itu pun setelah 5 tahun saya menulis blog. Sebenarnya setiap kita telah tertulis rezeki. Allah menjanjikan rezeki untuk setiap orang. Jadi kita tidak perlu risau. Apa apa pun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua follower kerana dengan sokongan anda semua, blog saya menjadi sangat dikenali. 

Semua orang pandai menyediakan Sambal Udang Petai. Perasan tak kalau kita masuk ke restoran nyonya atau chinese muslim, mereka menghidangkan Sambal Udang Petai tapi tak sama dengan Sambal Tumis Udang yang biasa kita atau restoran Melayu hidangkan. 

Sambal Tumis biasanya agak cair sedikit sambalnya. Sedangkan Sambal mereka lebih berpalut pada udang atau sotong atau apa apa yang dimasak. Saya pernah makan di Restoran Adam Chan yang sangat sedap Sambal Udang Petai yang dihidangkan. 

Jom layan video dalam Instagram dan youtube channel di SINI untuk video berdurasi lebih panjang. Bagi yang belum follow facebook , boleh klik link di SINI. Jom pakat ramai ramai mencuba resepi ini. Jangan lupa like dan share ya...


 Saya kini diuji dengan kesibukan dan bebanan kerja yang sangat banyak Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap

Sambal Udang Petai
Oleh:

Bahan bahan:
Udang - lumur garam dan serbuk kunyit, jika suka
1 mangkuk petai 
1 sudu besar sos cili 
1 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar Holland - hiris
Garam
Gula
Serbuk perasa 
Minyak masak

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah 
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan - opsyenal
5-6 sudu besar cili kering kisar

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng udang seketika sahaja. Angkat udang dan ketepikan. 

 Saya kini diuji dengan kesibukan dan bebanan kerja yang sangat banyak Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap

Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Kacau rata dan masukkan sedikit air. 

Kacau rata sehingga sambal pecah minyak dan cantik. Setelah sambal cantik, baru dimasukkan udang. Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili. 

 Saya kini diuji dengan kesibukan dan bebanan kerja yang sangat banyak Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap

 Saya kini diuji dengan kesibukan dan bebanan kerja yang sangat banyak Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap

 Saya kini diuji dengan kesibukan dan bebanan kerja yang sangat banyak Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap

Setelah bergaul rata, masukkan garam serta serbuk perasa. 

Akhir sekali, masukkan petai dan bawang besar. Jangan masak lama kerana kita mahu petai yang masih rangup. Kacau rata. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


 Saya kini diuji dengan kesibukan dan bebanan kerja yang sangat banyak Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap

 Saya kini diuji dengan kesibukan dan bebanan kerja yang sangat banyak Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap

Sedia untuk dihidangkan.





Sumber http://www.aziekitchen.com/

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Lontong Dan Kuah Lodeh Yang Paling Sedap