Posts

Showing posts from March, 2018

Gulai Udang Dan Batang Keladi Kelantan

Image
Hari ini saya bersiaran dari Tropicana Medical Centre setelah saya dimasukkan ke wad kerana masalah demam yang berpanjangan. Ujian darah menunjukkan saya mengalami demam kerana jangkitan bakteria. Sehingga saat ini, saya masih lagi tidak sihat. Suhu badan masih tidak stabil. Namun ianya memberi hikmah kerana saya diberi masa dan ruang untuk membuat muhasabah diri. Sekarang kita tinggalkan dulu bab kesihatan saya. 

Petikan kuliah Ustaz Dr Mohd Shafie berkenaan kesibukan mengejar dunia yang dianggap ukuran kejayaan dunia. Dunia adalah tempat ujian untuk dapat tempat selesa di akhirat nanti. Tajuk yang sangat memberi semangat untuk saya untuk terus kuat melalui segala ujian hidup. 
Di dunia ini kita gembira bila keadaan akan ikut kehendak dan kemahuan kita. Bila kita tak boleh paksa keadaan untuk ikut kehendak, kita akan jadi risau bimbang sedih dsb. Contoh kita risau kalau kerja tak siap. 

Apa yang sepatut kita buat ialah fokus pada kerja secara bersungguh sungguh, dengan fokus ia akan jad…

Kuih Akok Kelantan Yang Sedap

Image
Ketika terlihat kuih Akok yang ditayangkan di Instagram, tiba tiba teringin untuk makan kuih Akok yang berkedut kedut. Saya pernah kongsikan resepinya dulu di SINI. Tapi seperti biasa lah, saya akan cuba juga resepi lain dengan sukatan yang berbeza bagi mendapatkan Akok yang benar benar sedap dan cantik. 
Saya memang anak Kelantan dengan menpunyai tekak dan selera Kelantan. Pendek kata sampai bila pun, saya dan Kelantan tidak dapat dipisahkan. Selain Akok kuih muih Kelantan kegemaran saya ialah Sekaya Telur di SINI, Nekbat yang banyak didapati di bulan Ramadhan. 

Saya menanyakan kawan kawan sekolah dari group WhatsApp kawan sekolah dahulu kalau mereka ada resepi akok yang tested. Kebanyakan mereka bekerja dan menetap di Kelantan. Jadi mereka lebih mudah mendapat resepi orang tua tua dulu. Alhamdulillah Cik gu Siti Norizan Omar, kawan sekolah sejak dibangku sekolah rendah lagi telah sudi mengajar saya resepi yang telah ditambahbaik dan dicuba sendiri. 

Sementara Juita ada di rumah, saya m…

Masak Lemak Udang Galah Dengan Pucuk Paku

Image
Kalau anda ada baca entri saya yang lepas, pasti anda ada membaca bahawa saya adalah seorang anak kampung yang menpunyai pelbagai pengalaman hidup sebagai anak kampung. 

Sejak kecil, saya biasa makan udang sungai dan udang galah yang ditangkap sendiri oleh arwah bapa saya di sungai Tangok belakang rumah kami. Atas sebab itu, saya tidak pernah merasa makan udang laut sehinggalah setelah saya berkahwin dan berhijrah di ibukota. 
Oleh kerana telah terlalu kerap makan udang sungai, saya tidak pernah beli atau memesan lauk udang galah bila makan di mana mana. Saya seperti jemu dengan udang itu. 

Entah kenapa kebelakangan ini, saya tiba tiba menjadi rindu untuk menikmati udang galah. Lagi pulak Juita sedang bercuti selepas balik untuk majlis perkahwinan Hafez dan Mia. 

Boleh tahan juga harganya. Yang saiz kecil 2 jari, RM45 sekilo. Kalau yang saya biasa makan dulu dulu, harganya RM78 sekilo. Yang ni menpunyai sengat besar yang isinya sangat sedap.


Semasa kecil dahulu, udang sungai biasanya dimas…

Sambal Udang Petai Yang Sangat Sedap

Image
Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Lapang sebelum sibuk. Mungkin itu yang saya hadapi kini. Saya kini diuji dengan kesibukan dan bebanan kerja yang sangat banyak. Kesibukan ini menyebabkan saya tidak lagi sempat memasak selepas balik dari pejabat. Lagi pulak, fizikal dan mental telah menjadi terlalu penat. Kepenatan ini menjadikan saya tidak larat untuk ke majlis ilmu yang diadakan di surau. 

Saya hanya mahu tersenyum kerana saya yakin Allah sedang menguji saya. Allah tidak akan menguji saya di luar kemampuan saya. Saya yakin kesukaran ini pasti berlalu. Sangat pasti. Cuma perlu sabar menunggu saat itu. 

Saya percaya bersama kesusahan, ada kesenangan. Hidup ibarat roda. Tak selamanya yang di atas akan berada di atas atau selamanya kita berada di bawah. Secara semulajadi, roda akan berputar. OK kita tinggalkan dulu bab ujian, sekarang kita masuk sedikit topik blog. 

Ketika saya mula menulis blog, saya tidak pernah terfikir untuk menjadikan blog saya bermotifkan kewangan. Mungkin…

Majlis Persandingan Hafez Dan Mira

Image
Selepas selesai majlis akad nikah, Hafez dan Mira bergambar di taman rumah mereka yang cantik. Dalam masa yang sama terpaksa melayan tetamu yang ingin bergambar dengan kedua mempelai. 
Setelah selesai, mereka menyalin pakaian untuk majlis persandingan di rumah. Dato Salehuddin menpunyai sahabat, jiran tetangga dan rakan perniagaan yang sangat ramai. 
Kalau anakanda sulung mereka dahulu, majlis resepsi diadakan di 2 tempat. Agak sukar untuk mencari hotel yang boleh memuatkan ramai tetamu mereka. Jadi kali ini, mereka mengadakan majlis bersanding di rumah untuk rakan rakan dan jiran jiran. 
Hafez dan Mira memilih persalinan warna kuning diraja yang direka oleh Aleng Tohara. Kain chiffon yang di patch dengan kain french lace sangat cantik dan terletak kemas. Diadakan juga majlis merenjis dan merestui untuk ahli keluarga terdekat. 


Selepas bergambar, pengantin menuju ke laman untuk santapan pengantin sehari. Ketika itu, hujan mulai turun dengan renyai renyai. Hujan rahmat yang pastinya meredu…

Majlis Pernikahan Hafez dan Mira di Casa Iman

Image
Alhamdulillah. Akhirnya anakanda kami Hafez selamat melangsungkan pernikahan dengan Mira. Kegembiraan berganda kerana selain menerima menantu baru dalam keluarga, kami juga dikurniakan besan yang merupakan sahabat baik kami. 

Kami mengenali Dato Salehuddin dan Datin Nursinah sejak di zaman kampus ketika berusia 20 tahun. Ketika itu, kami menginap di Kolej Kediaman Ketiga Universiti Malaya. 

Saya dan Datin Nursinah pula masuk universiti pada tahun yang sama. Kali pertama, saya terpandang beliau semasa sama sama menjalani minggu haluan siswa. Dalam hati terdetik, cantiknya dia. Malahan saya masih ingat apa yang Datin sebut ketika itu. 

Tetapi disebabkan berlainan fakulti, kami jarang terserempak di kolej. Tetapi yang masih saya ingat dengan jelas ialah bila kami yang menpunyai "couple" duduk di meja yang sama semasa majlis makan malam tahunan kolej yang diadakan di hotel. 
Oleh kerana kami sekeluarga kerap bertemu dan berkunjung, anak anak kami juga bertemu sejak dari mereka kecil…

Sambal Tumis Telur Burung Puyuh Yang Sedap

Image
Zaman sekarang ramai berebut untuk menjadi pemimpin. Bukan sahaja pemimpin politik tapi juga pemimpin dalam organisasi. Bagi orang Islam yang beriman, mereka tahu bahawa sebagai pemimpin tanggungjawab sangat berat dan akan menjalankannya dengan penuh bijaksana. 
Bagi yang tidak beriman, mereka akan lupa diri dan bertindak atau membuat keputusan yang zalim dan tidak adil pada kakitangan bawahan. Kesedihan dan perasaan tidak puashati kakitangan langsung tidak didengari. Staff yang membuat kesalahan secara tidak sengaja samada kecil atau besar akan berhadapan tindakan disiplin. Mana ada manusia yang perfect. Mereka mungkin lupa, doa orang yang teraniayai tiada hijabnya dengan Allah.
Namun ini tidak bermakna orang Islam tidak boleh menjadi pemimpin. Tapi mereka mestilah menjadi pemimpin hebat yang adil sebagaimana kepimpinan Rasulullah. Pemimpin mestilah mengutamakan masalah orang bawahan, bukan mengutamakan periuk nasi mereka sahaja. Kerana tanpa orang bawahan, siapalah mereka. Amatlah ter…