Posts

Showing posts from February, 2018

Ayam Goreng Nasi Kak Wook Yang Original

Image
Hari ini saya ingin kongsikan petikan Kuliah Zohor Ustaz Dr Mohd Shafie dalam hidup tak semua keadaan mesti mengikut kehendak kita. Tujuan hidup adalah untuk cari ketenangan. Ketenangan hanya boleh diperolehi dengan amal soleh. Tenang ertinya kita tak risau sangat bila ditimpa musibah. Sebab ianya adalah satu ujian dan ujian hanya  bersifat sementara. 

Allah bukan suruh kita cari kegembiraan. Tapi cari ketenangan. Hidup adalah umpama roda. Tenang supaya kita tak kecewa hadapi musibah. Kita akan kuat hadapi dugaan. Musibah atau dugaan diberi untuk menjadikan kita seorang yang kuat. 
Bila kita berada pada roda atas, kita tidak terlalu gembira kerana kita tahu kegembiraan juga satu ujian. Ada orang gembira tetapi tenang kerana tahu ianya tidak kekal. Ada orang rasa gembira tapi hati tidak tenang. Antara ujian suka dan ujian duka, yang mana lebih mudah untuk lulus. Ujian masa susah, kita lebih dekat dengan Allah. Jadi bila diuji dengan susah, ianya akan sekejap sahaja. Yang penting hadapi d…

Gulai Ayam Nasi Kak Wook Yang Original

Image
Secara jujur saya tak pernah makan nasi Kak Wook yang begitu femes amos tu. Tapi bila Maznah, sahabat baik saya kongsikan resepi yang dia belajar sendiri dari Kak Wook, saya cuma salin dan simpan sahaja. 

Sehingga lah satu hari saya diajak untuk makan nasi Kak Wook. Ketika itu, barulah saya tahu yang rasa nasi Kak Wook memang sangat sedap. Memang rasa nasi berlauk Kelantan yang sangat sesuai dengan selera saya. Kalau ikutkan saya, 3 bungkus pun boleh saya habiskan. 

Menurut Nah, dia berkawan baik dengan Kak Wook. Jadi keraplah ke dapur melihat bagaimana ianya disediakan. Resepi macam biasa jer pun, cuma ada lah beberapa teknik dan bahan tertentu yang digunakan  menjadikan ianya lebih sedap. 
Saya membuat 3 entri untuk melengkapkan hidangan nasi Kak Wook. Semoga ianya bermanafaat dan juga semoga arwah Kak Wook juga mendapat pahala dari ilmu yang dipelajari dari beliau samada secara langsung atau tidak langsung.  

Suami dan anak menantu makan nasi Kak Wook sebagai hidangan brunch kami hari …

Umrah Ramadhan Sehingga Bertemu Lagi

Image
Kali ini saya mahu sambung lagi catatan perjalanan umrah saya pada hari hari seterusnya. Hari pertama di Mekah,  selepas bersiap siap, saya dan roommate berbuka puasa di dewan makan hotel. Selepas itu, barulah kami menuju ke Masjidil Haram. Saya dan Mar tak dapat masuk ke salam masjid. Hanya dapat menunaikan solat fardhu Isyak di pintu masuk masjid sahaja. 
Tapi seperti yang dijangka, pintu ditutup di sana sini. Berpusing pusing kami berjalan untuk mencari jalan untuk menunaikan Tawaf di dataran Kaabah. Orang terlalu ramai ketika itu. Kami selesai mengerjakan umrah dalam pukul 12 lebih kerana ketika itu solat qiam 10 rakaat dan witir baru dimulakan. Saya balik berehat dan tidur sahaja. Dengan itu selesai lah umrah saya. 
Kali ini juga saya melakukan 3 kali umrah lagi. Kalau dulu, saya hanya melakukannya hanya sekali sahaja umrah tapi kali ini saya menyertai semuanya. Bak kata ustaz, ianya dapat menampung ketidaksempurnaan umrah yang sebelumnya, jika ada. Lagi pun kita datang dari jauh. …

Umrah Akhir Ramadhan Yang Dirindui

Image
Walaupun catatan umrah yang saya kongsikan hari ini adalah catatan umrah dalam bulan Ramadhan tahun 2017, namun saya tetap ingin kongsikan sebagai rujukan saya sendiri dan juga pada pembaca semuanya. Ada beberapa orang follower blog yang menulis pada saya sebelum ini memberitahu mereka masih menunggu entri berkenaan umrah saya kali ini. 

Ramadhan tahun ini akan tiba dalam 85 hari sahaja lagi. Diharap ianya dapat memberi sedikit sebanyak manafaat pada mereka yang pertama kali ingin mengerjakan umrah Ramadhan. 

Setelah 2 tahun saya tidak mengerjakan umrah Ramadhan, akhirnya hasrat saya menjadi kenyataan pada tahun 2017 yang lalu. Dalam tempoh tersebut, banyak perubahan yang berlaku di Mekah dan Madinah termasuk tenaga dan kekuatan saya sendiri. Hajat hati untuk membawa Juita bersama tidak menjadi kenyataan apabila pihak agen tidak boleh mengusahakan visa beliau tanpa mahram.  
Walaupun hampir setahun berlalu, namun segalanya masih seolah masih baru sahaja berlalu. Saya bertolak mengerjaka…

London Sehingga Bertemu Lagi

Image
Akhirnya saya telah tiba ke entri terakhir catatan percutian kami ke UK dan Scotland dari 26 Disember 2017 hingga 9 Januari 2018. Insya Allah jika dipanjangkan umur, kami akan ke sana lagi tahun ini. Aameen. 

Selepas balik dari menghantar Juita ke Euston Train Station. Kami terus balik ke apartment dan membuat packing akhir. Hubby telah menempah teksi secara online di Pinkberrycar untuk muat 8 orang walaupun kami berenam kerana bilangan bag kami yang banyak. 
Bayaran teksi adalah sebanyak £62. Ianya dikira agak manasabah berbanding dengan menyewa kereta dari warga Malaysia di London pun. Teksi tiba dalam pukul 3.20 petang. Kami tiba di Heathrow Terminal 4 dalam pukul 4.15 petang kerana kesesakan lalu lintas. Itu pun pemandu mengambil jalan pintas dengan melalui jalan dalam Hyde Park. 

Ketika tiba di airport, cuaca terlalu sejuk dan angin kuat.  Saya pula tidak memakai heattech. Sebaik masuk dalam terminal, dada terasa sakit mencucuk. Sakit yang teramat sangat. Jadi pesanan saya pada oran…

Saat Perpisahan Yang Menyedihkan

Image
Saya kini menghampiri entri entri akhir untuk percutian kami ke United Kingdom dan Scotland. Sedikit pesanan, jangan lupa untuk klik iklan yang menari nari di blog saya ya. Kali ini saya ingin kongsikan entri yang memyedihkan. 

Saat pertemuan adalah saat paling mengembirakan. Begitu juga sebaliknya. Saat berpisah dengan Juita adalah saat yang paling menyedihkan. Tiba tiba saya terasa kekosongan. Suasana kami anak beranak juga menjadi sunyi sepi. Tiada senda gurau dan gelak ketawa seperti biasanya. Seolah masing masing berkongsi melayan perasaan yang sama. 
Pada 8 Januari adalah hari di mana kami menghantar Juita ke London Euston station keretapi untuk balik ke Manchester. Selepas balik dari Hyde Park di SINI, Juita balik mengemas bag. Bukan sahaja bag kami yang penuh tapi bag Juita juga. Kami keluar dari apartment pada pukul 12.30 tengahari dengan menaiki bas menuju ke stesyen keretapi. 
Memang sangat sedih melihat dia berjalan balik sendiri dengan membimbit bag yang banyak. Juita memang…

Berjalan Jalan Di Hyde Park

Image
Setiap kali ke London, pasti kita akan mengunjungi Hyde Park tanpa mengira berapa kali kita ke sini. Ianya bukan sahaja cantik untuk bergambar tetapi juga sangat mendamaikan.  Berjalan di taman di tempat kita, panas dan berpeluh. Tapi di sana seperti berada di dalam aircond yang besar. 
Hari terakhir di London iaitu 8 Januari, kami berlima mengambil bas untuk ke Hyde Park. Bertukar 2 bas juga kerana kami ingin masuk melalui Kensington Gate. Kami berjalan melalui memorial Princess Diana sebelum melalui jambatan. 

Di bawah jambatan kelihatan banyak itik dan swan. Kami turun bergambar di situ. memang nampak sangat cantik bila dilihat dari atas tapi bila berjalan kena berhati hati kerana banyak tahi itik. Hahaha 

Selepas bergambar, saya bersama Hubby dan Juita berjalan kaki balik ke apartment yang rupanya tidak jauh sahaja jika berjalan melalui jalan dalam taman. Tetapi masalah cuaca yang terlalu sejuk menjadikan kita tidak berapa selesa berjalan kaki. 
Manakala Nelly dan Aween pula berjalan …

Free and Easy Di London

Image
Kali ini saya ingin menyambung beberapa entri lagi berkenaan percutian kami ke London. Kenapa saya ingin melengkapkan catatan ini? Ini adalah kerana ianya percutian yang paling mengembirakan kerana ianya disertai oleh semua anak menantu, bakal menantu serta keluarga bakal besan kami. Klik di SINI untuk entri sebelum ini.

7 Januari 2018 adalah hari free and easy bagi kami. Hanya saya, Nelly, Aween dan Juita sahaja yang keluar. Kami keluar ke Harods untuk mencari zippy wallet dan barangan Huda beauty. Nana dan Alain keluar berjumpa dengan kawan mereka. 
Tapi memandangkan saya dan Nelly tidak dapat membeli atas nama kami, kenalah guna nama Aween. Jadi saya tidak boleh menggunakan kad debit saya untuk membayar pembelian atas nama Aween. 

Saya dengan Juita terpaksa keluar mencari ATM untuk membuat pengeluaran tunai. Banyak ATM yang tidak beroperasi. Merata juga terpaksa berjalan untuk mencari ATM. 
Pengeluaran maksimun untuk satu transaksi adalah £500 dengan dikenakan pula fees sebanyak £12 un…

Program Santai Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya

Image
Hari ini saya ingin menulis berkenaan dengan aktiviti alumni bekas penghuni kolej ketiga Universiti Malaya, kolej yang saya diami sepanjang menjadi seorang Mahasiswi. 
Pejam celik pejam celik dah 15 tahun ethica, alumni bekas penghuni kolej ketiga Universiti Malaya ditubuhkan. Ianya kekal aktif sehingga sekarang. Bak kata Dato Salehuddin selaku Presiden Ethica, rahsianya adalah santai. Apa apa yang dilakukan adalah secara santai. Mesyuarat hatta 3 orang pun boleh jalan, di mana sahaja di rumah atau di restoran atau di pejabat juga boleh jalan. Bila ianya dilakukan secara santai, pasti ianya akan kekal lama. 


Program Santai Alumni 3rd kali ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, mengembalikan nostalgia kolej yang melibatkan pelajar di kolej dan juga alumni. Program diadakan di kolej bermula dengan aktiviti sessi berkongsi pengalaman oleh alumni yang berjaya dalam bidang masing masing. Antaranya ialah Datuk Seri Mohd Shafie Abdullah, Datuk Seri Dr Mohammad Azman, Prof Dr Moh…