Santai Malam Di Oxford Street dan Makan Malam Di Restoran Tuk Din


Selepas balik dari Bicester Village, kami naik ke bilik dan berehehat seketika. Selepas menunaikan solat, semua anak anak keluar untuk ke Harrods sebelum makan lasagna yang dikatakan the best beef lasagna di London. 

Saya dan hubby pula berjalan kaki ke Oxford Street yang hanya 5-10 minit sahaja. Teruja melihat suasana Oxford Street yang sangat happening dengan lampu lip lap yang cantik. Apa lagi hari ini adalah hari pertama tahun 2018. Jadi kemeriahan sambutan tahun baru masih terasa. Berapa kali pun ke sini, perasaan teruja tetap ada. 


Saya singgah di The Selfridges untuk melihat lihat dulu handbag yang saya ingin beli. Dari situ, kami berjalan menyusuri New Bond Streets tetapi banyak butik butik yang telah tutup. Jadi kami berjalan sekadar menikmati keindahan lampu lampu di sepanjang jalan. 

Dalam perjalanan balik, kaki dah mula sakit. Dapat mesej yang Dato Salehuddin menjemput kami dinner bersama mereka di Restoran Rasa Sayang di Leicester Square. Oleh kerana kaki dah sangat sakit dan kesejukan, kami mengambil teksi. Haa untuk perjalanan tak sampai 2 km, harga dibayar £24. Adooi mahal giler. 

Setelah sampai di restoran, orang sangat ramai dan sukar untuk memuatkan kami yang seramai 17 orang. Mereka menukar ke Restoran Tuk Din di Lancaster Gate. Kami mengambil tube dan agak memenatkan kerana perlu berjalan agak jalan di dalam stesyen bawah tanah. 


Saya memesan nasi lemak dan yang lain lain memesan nasi goreng, kue teow goreng. Dikatakan semua Perdana Menteri dan kerabat raja singgah makan di sini. Ya lah kalau tidak memasak sendiri, memang masakannya adalah rasa masakan Malaysia. 

Kalau saya yang suka memasak sendiri, memang rasa biasa biasa sahaja masakannya. Ya lah mana mungkin sama. Tapi yang dikatakan agak istimewa di sini ialah bubur pulut hitam yang dihidangkan sekali dengan ais krim. 


Selepas makan, kami berjalan kaki beramai ramai dan mengambil bas ke Camden Green. Turun dari bas hanya menapak sedikit sahaja, telah sampai di apartment kami di Porchester Road. 


Sumber http://www.aziekitchen.com/

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Nutella Hazelnut Cake Sedap Dari Resepi Kek Kafe