Pemandangan Indah dari Calton Hill

 saya kini tiba ke entri terakhir di Edinburgh iaitu persinggahan di Nelson Monumen Pemandangan Indah dari Calton Hill

Selepas entri Edinburgh Castle di SINI, saya kini tiba ke entri terakhir di Edinburgh iaitu persinggahan di Nelson Monumen, yang dibina sebagai peringatan kepada Lord Nelson yang meninggal ketika Battle of Trafalgar pada 21 October 1805. 

Dari Botanical Garden, kami terus ke Nelson Monumen yang terletak di atas Calton Hill. Memang sangat memenatkan kerana terpaksa mendaki banyak anak tangga. Tercungap cungap juga bila tiba di atas bukit. Kami tidak pergi dekat pun dengan Nelson Monumen, hanya melihat dari jauh.

Kami hanya bergambar di The National Monument of Scotland yang juga terletak berhadapan dengan Nelson Monumen. Ianya adalah Scotland national memorial untuk memperingati Scottish soldiers dan sailors yang terkorban di dalam peperangan Napoleonic. Di sini juga tempat penggambaran filem Ayat Ayat Cinta2 lakonan Nur Fazura yang baru mula ditayangkan di Malaysia. Di sini sangat cantik untuk bergambar. 

Pemandangan bandar Edinburgh dari sini kelihatan dengan jelas dan sangat cantik dek kedudukannya yang tinggi. Tak puas rasa untuk mengambil gambar walaupun dalam kesejukan. Permukaan tanah dan rumput yang menpunyai ais yang bersalji juga menjadikan jalan licin dan perlu berhati hati serta membataskan pergerakan. 

 saya kini tiba ke entri terakhir di Edinburgh iaitu persinggahan di Nelson Monumen Pemandangan Indah dari Calton Hill

 saya kini tiba ke entri terakhir di Edinburgh iaitu persinggahan di Nelson Monumen Pemandangan Indah dari Calton Hill

Selepas dari itu, cuaca mulai gelap, jadi kami memutuskan untuk balik ke apartment. Saya memang tidak suka berjalan dalam suasana gelap umpama malam, tambah lagi hari hujan dan sejuk. 

Kami singgah di Tesco Express untuk membeli bahan bahan untuk memasak. Tapi sayang tak jumpa bahan makanan basah seperti ikan dsb. Hajat hati untuk memasak kari tak tercapai. 

Tukar pada menu telur masak kicap, sardin, telur dadar dan sup sayur campuran sahaja. Ditambah dengan isi ikan kering sebagai penambah rasa. Haa tengok tu hidang terus dalam periuk. Siap memasak pukul 3.30 petang. Kami menghidang dan makan bersila di lantai. 


Selepas itu, kami hanya berehat rehat sambil menonton TV di living room sambil makan buah anggur yang sangat rangup sebelum mata terlelap. Waktu Maghrib adalah 3.45 petang. 

Anak anak masih di dapur menyediakan nasi goreng ketika saya masuk tidur. Hubby mula packing kerana kami bercadang untuk keluar awal dan singgah di University of Manchester dalam perjalanan ke London. 



Sumber http://www.aziekitchen.com/

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Nutella Hazelnut Cake Sedap Dari Resepi Kek Kafe