Posts

Showing posts from January, 2018

Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Sangat Sedap dan Wajib Cuba

Image
Semasa bersembang dengan Syed rakan sekerja di pejabat, dia bercerita yang semasa dulu dulu, dia suka menemani Bondanya memasak di dapur sambil beliau menghisap rokok. Sehinggalah berkahwin, beliau memasak sendiri dek selalu memerhatikan Bondanya menyediakan masakan. 
Bila dia bercerita cara bondanya memasak masak lemak cili padi ayam menyebabkan saya menelan nelan air liur. Dari penceritaan akan teknik memasak, saya boleh bayangkan keenakannya. 

Saya pulak pantang mendengar cerita resepi dan teknik yang menarik, pasti tidak mahu melepaskan peluang. Saya tanya satu persatu tips hingga jelas. Siap tanya melalui mesej lagi. Ya lah semua orang pandai memasak masak lemak cili api ni tapi tak semua orang tahu teknik untuk menghasilkan masakan yang enak terutama mereka yang bukan berasal dari Nogori. Hahaha seperti saya.


Kalau bab masakan, saya tidak pernah jemu untuk belajar hatta untuk masakan simple seperti sambal tumis sekali pun. Sebetulnya memasak resepi yang sama, belum tentu menghasilk…

Nasi Goreng Ikan Bilis dan Cili Kering Yang Sedap

Image
Sejak balik dari bercuti, inilah masakan pertama yang saya masak di tahun 2018. Itu pun kerana saya memasak sarapan kerana memikirkan setiap pagi hari minggu, anak anak keluar membeli sarapan sendiri sendiri. Hubby juga menyokong dengan mengatakan teringin nak makan nasi goreng mama. Hahaha berbaloi baloi kerana Hubby dan anak anak makan sehingga ke petang. 
Kalau tidak, memang saya tidak masak pun kerana di sebelah tengahari ada kenduri menyambut menantu di rumah jiran dan selepas itu, kami menghadiri majlis harijadi dan akikah cucu Encik Zack Pengarah urusan Demi Idaman di Concorde Hotel Shah Alam. 

Sehari sebelumnya saya singgah di pasar malam untuk membeli bawang bawang dan bahan bahan lain yang telah lama tidak dibeli. 
Sebelum kita lihat resepi, saya ingin kongsikan sedikit. Sebetulnya hari ini, saya memasak dengan mood yang sangat suram. Entah kenapa 2 malam berturut turut saya bermimpi sesuatu yang tidak mengembirakan saya. 
Ya lah mimpi hanya sekadar mimpi, tapi ianya tidak sedik…

Perasmian Pelancaran Produk Emas Demi Idaman

Image
Saya dan suami serta anakanda kami, Muhamad Hafez dijemput hadir ke majlis pelancaran produk Demi Idaman pada 22 Januari 2018 di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Demi Idaman adalah satu satunya syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada Mac 2010 terlibat dalam industri pembuatan logam berharga di Malaysia. Chairman Demi Idaman adalah Dato Salehuddin Saidin, Deputy Chairman adalah Dato Azli dan Pengarah Urusan adalah Encik Zakaria Saad.

Hubby diminta membantu AJK untuk bertanggungjawab pada tetamu VIP. Oleh kerana persediaan rapi yang perlu dibuat, kami telah buat keputusan untuk bermalam di hotel. Sayalah yang paling seronok kerana dapat berehat sepuasnya di bilik. Selepas Hubby habis tugasan hari pertama, saya mengajak untuk ke Grand Hyatt Hotel untuk makan nasi ayam. 

Demi Idaman terlibat dalam pengesahan, pemprosesan dan pengeluaran syiling emas dan kilobar tulen bagi pasaran negara. Kerjasama dengan SIRIM juga adalah bagi memastikan kilobar emas tulen yang dihasilkan adalah memenuhi pensi…

Gulai Udang Lauk Nasi Dagang Kelantan

Image
Assalamualaikum semua. Telah lama saya tidak bersiaran dengan entri resepi. Fokus saya hanya untuk menyiapkan catatan perjalanan saya bersama keluarga ke London dan Edinburgh. 

Walaupun telah lebih dari 2 minggu kembali ke tanahair tapi saya sebenarnya masih tak boleh "move on". Jiwa dan minda saya masih di sana walaupun secara fizikal, saya telah berada di sini. Lagi pulak sejak balik, saya masih kepenatan. Kata doktor, penat adalah punca utama kenapa saya terasa seperti tidak sihat. 

Ini adalah kali pertama saya bercuti dengan disertai oleh semua anak anak setelah lebih 7 tahun. Setiap kali bercuti, pasti ada yang tidak dapat ikut sama dek kerana tugas atau kerana pengajian. 

Alhamdulillah kerana kali ini, semua anak anak dan menantu dapat ikut serta. Inilah kegembiraan dan kebahagiaan saya yang sebenarnya. Malahan saya telah membeli tiket untuk ke sana lagi. Insya Allah tahun ini atau awal tahun depan. 
Saya tahu ramai follower saya yang telah tertunggu tunggu, bila agaknya s…

Santai Malam Di Oxford Street dan Makan Malam Di Restoran Tuk Din

Image
Selepas balik dari Bicester Village, kami naik ke bilik dan berehehat seketika. Selepas menunaikan solat, semua anak anak keluar untuk ke Harrods sebelum makan lasagna yang dikatakan the best beef lasagna di London. 
Saya dan hubby pula berjalan kaki ke Oxford Street yang hanya 5-10 minit sahaja. Teruja melihat suasana Oxford Street yang sangat happening dengan lampu lip lap yang cantik. Apa lagi hari ini adalah hari pertama tahun 2018. Jadi kemeriahan sambutan tahun baru masih terasa. Berapa kali pun ke sini, perasaan teruja tetap ada. 

Saya singgah di The Selfridges untuk melihat lihat dulu handbag yang saya ingin beli. Dari situ, kami berjalan menyusuri New Bond Streets tetapi banyak butik butik yang telah tutup. Jadi kami berjalan sekadar menikmati keindahan lampu lampu di sepanjang jalan. 
Dalam perjalanan balik, kaki dah mula sakit. Dapat mesej yang Dato Salehuddin menjemput kami dinner bersama mereka di Restoran Rasa Sayang di Leicester Square. Oleh kerana kaki dah sangat sakit da…

Bicester Village Pada Hari Pertama 2018

Image
Pada 1 Januari 2018, hari permulaan tahun baru 2018, kami membuat keputusan untuk ke Bicester Village Outlet selepas memikirkan rugi jika kereta tidak digunakan. Jadi Boy mengajak Mira untuk sekali ke sana. Kiranya ia adalah perjalanan yang tidak dirancang sebelum ini. 
Perjalanan mengambil masa 1 jam. Kami sampai ketika orang belum begitu ramai. Senang sahaja untuk mendapatkan parking. Cuaca sangat sejuk kerana hujan mulai turun rintik rintik. 
Sebetulnya saya tidak pernah tertarik untuk ke sini tetapi memikirkan anak anak belum pernah ke sini, jadi saya buat keputusan untuk datang. Maklum fesyen pakaian yang dijual di sana tidak sesuai untuk saya. Kalau handbag pula, biasanya sesuai untuk anak anak muda sahaja. 

Yang agak menarik, hanya lah jam Micheal Korrs dan Fossil. Saya beli jam MK yang dipesan oleh anak buah saya. Hubby singgah minum di Itsu Beautiful sementara kami semua masuk dari satu kedai ke satu kedai. 

Hajat hati untuk membeli luggage Samsonite juga tidak jadi kerana hargan…

Persinggahan Di University of Manchester dan Portmeirion

Image
Pagi 31 December 2017, saya bangun pukul 3.00 pagi dan masuk ke dapur menyediakan bahan untuk membuat cekodok pisang. Selepas itu, baru melakukan solat tahajjud. 

Hari ini adalah hari terakhir kami di Scotland. Anak anak mahu sampai di London awal. Risau kalau jalan sesak sempena malam tahun baru. Ikut perancangan asal, kami ingin bermalam di Gloucestershire kerana ingin ke Bourton on the Water atau popular juga sebagai Venice of Cotswolds. Ini adalah tempat yang memang ingin saya jejakkan kaki.  
Selepas makan dan solat Subuh, pukul 7.00 pagi keluar dari apartment. Perjalanan adalah sejauh 350 km dari apartment West Mayfield ke University of Manchester Oxford Road. Jalan ketika itu masih gelap gelita dan hujan rintik rintik. Alain memandu dengan kelajuan sederhana kerana jalan yang agak basah dan licin dengan ais. Jalan raya masih lengang dengan tidak banyak kenderaan. 
Kami tiba di Manchester dalam pukul 11.30 pagi. Selepas parking di kawasan berdekatan rumah sewa Juita, kami berjalan …

Pemandangan Indah dari Calton Hill

Image
Selepas entri Edinburgh Castle di SINI, saya kini tiba ke entri terakhir di Edinburgh iaitu persinggahan di Nelson Monumen, yang dibina sebagai peringatan kepada Lord Nelson yang meninggal ketika Battle of Trafalgar pada 21 October 1805.

Dari Botanical Garden, kami terus ke Nelson Monumen yang terletak di atas Calton Hill. Memang sangat memenatkan kerana terpaksa mendaki banyak anak tangga. Tercungap cungap juga bila tiba di atas bukit. Kami tidak pergi dekat pun dengan Nelson Monumen, hanya melihat dari jauh.
Kami hanya bergambar di The National Monument of Scotland yang juga terletak berhadapan dengan Nelson Monumen. Ianya adalah Scotland national memorial untuk memperingati Scottish soldiers dan sailors yang terkorban di dalam peperangan Napoleonic. Di sini juga tempat penggambaran filem Ayat Ayat Cinta2 lakonan Nur Fazura yang baru mula ditayangkan di Malaysia. Di sini sangat cantik untuk bergambar.
Pemandangan bandar Edinburgh dari sini kelihatan dengan jelas dan sangat cantik dek k…