Posts

Showing posts from December, 2017

Perjalanan ke Manchester

Image
Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018 buat semua follower blog . Hari ini saya bersiaran dari London yang menyambutnya lewat 8 jam dari Malaysia. Detik 12.00 tengah malam tahun baru kali ini, kami berada di dalam kereta menuju ke London. Namun begitu, entri hari ini adalah berkenaan catatan perjalanan kami ke Manchester. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini. 

Kami tiba di Heathrow Airport pada pukul 2.40 petang waktu tempatan dengan suhu 8 deg C. Oleh kerana musim winter, hari telah gelap seperti malam. Kami bermalam di easyHotel London Heathrow berdekatan dengan Heathrow Airport sebelum bertolak ke Manchester. Ini adalah kerana pejabat tempat kami menyewa kereta ditutup dari 24 hingga 26 Disember.
Hotel ini agak sederhana tetapi harga yang sangat berpatutan. Hanya RM482 untuk 3 bilik. Harga tidak termasuk sarapan. Ianya adalah bajet hotel sahaja untuk berehat beberapa jam sebelum meneruskan perjalanan seterusnya. Selepas check in, kami hanya memesan pizza secara delivery…

London Kami Datang

Image
Bagi saya yang berkerjaya, peluang bercuti adalah saat yang sangat sangat saya tunggu. Saya tidak boleh pergi bercuti sesuka hati. Penggunaan cuti tahunan yang terhad terpaksa dirancang dengan sebaiknya. Kepentingan tugas juga perlu diutamakan. Boleh baca entri sebelum ini di SINI
Seperti yang saya tulis sebelum ini, bercuti ke London mungkin bukan lah sesuatu yang luar biasa. Ramai orang Malaysia di London. Kalau istilah sekarang, bersepah sepah di Kota London, apa lagi di tempat shopping. Tapi yang istimewa percutian London ini pada saya adalah kerana peluang bercuti bersama kesemua anak menantu dan juga keluarga bakal besan. 

Kami bertolak pukul 9.20 pagi 26 Disember dengan menaiki penerbangan MAS MH4 ke London. Kami menyewa mini van untuk ke airport memandangkan bag kami yang besar besar. Kami keluar rumah pukul 5.00 pagi dan sebaik sampai di airport, terdengar pengumuman masuk waktu solat Subuh. Kami bersolat Subuh di airport sahaja. 
Terlalu ramai orang. Terpaksa beratur panjang …

Nasi Goreng Nasi Ayam Yang Teramat Sedap

Image
Hari ini saya ingin kongsikan entri tertangguh, iaitu Nasi Goreng Nasi Ayam. Dah lama tertangguh. Ketika itu, Juita masih ada di rumah. Sebab nasi goreng ini sangat sedap, jadi saya ingin kongsikan buat semua follower. Memang menjadi rutin, setiap malam Hubby akan ke dapur untuk tolong mengemas atau menyimpan baki lauk pauk yang saya telah panaskan. Dia bertanya kenapa tidak disimpan baki nasi ayam selepas dia melihat periuk nasi diletak di sink. 

Sebetul Juita bertanya kalau boleh dibuang baki nasi ayam sebab dia nak basuh periuk. Saya menjenguk ke dalam periuk dan nampak macam baki sedikit sahaja. Jadi saya kata, Ok jer. Nasi ayam ini adalah lebihan dari nasi ayam yang saya sediakan sebelum ini di SINI. Rupanya bila dah dipindahkan ke dalam mangkuk, hampir satu mangkuk besar juga baki nasi. 
Hubby minta supaya digoreng untuk sarapan supaya tidak membazir. Maka jadilah nasi goreng nasi ayam gitu. Dah lah nasi goreng, nasi ayam pulak. Haa jadi lain kali, kalau anda semua menpunyai baki …

Percutian Keluarga ke United Kingdom dan Scotland Yang Sangat Bermakna

Image
Percutian keluarga kali ini adalah yang paling istimewa kerana ianya disertai oleh semua anak anak dan menantu juga. Kali terakhir adalah percutian kami ke Bandung di SINI  pada September 2010. Memang sukar untuk mendapatkan waktu bila semua anak anak free dalam masa yang sama. Percutian kami ke Jakarta baru baru ini di SINI, Nana pula tidak ikut serta. 
Selain itu, percutian dirancang lebih awal dari sepatutnya kerana Hubby ingin bercuti bersama keluarga bakal besan kami yang juga akan bercuti pada masa yang sama. Mereka akan ke Switzerland dan kami akan ke Manchester dan Scotland. Kami akan bertemu semula di London pada minggu berikutnya. Kalau ikut kan, saya lebih selesa untuk bercuti selepas selesai majlis perkahwinan Boy. 
Selain bercuti, kami ingin melawat Juita di Manchester. Ingin melihat sendiri tempat penginapan, tempat belajar beliau dsb. Yang utama juga untuk menemani Boy dan Mira untuk shopping barang hantaran untuk majlis perkahwinan mereka. Hahaha atau sebenarnya saya sen…

Mini Crustless Broccoli Quiche Sedap Untuk Hidangan Petang

Image
Sebelum masuk bab resepi Mini Crustless Brocoli Quiche, kita sembang sembang dulu. Alhamdulillah anakanda kami Hafez telah selamat melangsungkan pertunangan. Boleh klik di SINI. Seharian keesokannya saya seperti tidak tahu apa yang saya fikirkan. Lega, gembira dan sedih. 

Sebelah malamnya ketika melihat lihat gambar majlis pertunangan yang dihantar Mira, saya tiba tiba menjadi sebak. Lebih lebih lagi selepas membaca komen seorang follower yang menulis dia terasa seolah Hafez baru sahaja menamatkan zaman persekolahan. Ya apa lagi saya. Terasa   sangat pantas masa berlalu meninggalkan saya yang masih diulit kenangan, masih leka seolah anak anak masih kecil. Bila tanpa disedari, mereka telah selangkah ke arah membina kehidupan sendiri. 

Tiba tiba sahaja airmata saya mengalir tanpa henti. Saya menangis sepuasnya. Betapa banyaknya yang masih belum saya lakukan untuk anak anak. Saya menangis sambil memeluk Aween yang kebetulan masuk ke bilik untuk menghantar ipad. Begitulah agaknya perasaan i…

Majlis Pertunangan Hafez dan Mira Yang Meriah

Image
Hari yang ditunggu tunggu telah tiba di mana majlis pertunangan Hafez dan Mira telah diadakan dengan meriah di Casa Iman, kediaman Dato Salehuddin dan Datin Nursinah. Boleh lihat di SINI catatan persiapan pertunangan keduanya. 
Kami menyediakan 5 bekas hantaran yang terdiri dari cincin, tepak sireh, sepasang kain lace, sejadah dan naskah Al Quran serta skarf DUCK. 

Pihak Mira membalas dengan 7 bekas hantaran yang terdiri dari kek, cookies, buah buahan, sejadah, kain dan sampin songket, tepak sireh dan naskhah Al Quran.

Pelamin yang disediakan simple tapi menarik dan cukup elegan. Kalau lah mereka memakai pakaian berwarna putih, pasti kelihatan seperti pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan di atas pelamin. 
Ketibaan kami disambut dengan sessi berbalas pantun antara Datin Nik Junainah mewakili keluarga Dato Salehuddin dan Dr Abdol Aziz Sahat bagi pihak kami. Sebelum memulakan perbincangan, juga wakil kedua pihak memulakan dengan berbalas balas pantun bagi menyampaikan hajat kam…

Kuah Kacang Dengan Ayam Istimewa Versi Yang Lebih Sedap

Image
Hari ini nak kongsikan resepi Kuah Kacang Ayam Istimewa . Sekejap jer kita dah sampai ke penghujung tahun. Pejam celik pejam celik, jika dipanjangkan umur kita akan tiba di bulan Ramadhan lagi. Insya Allah. Jadi kita simpan siap siap resepi istimewa yang cukup popular di kalangan follower blog untuk disediakan ketika musim perayaan. Klik di SINIuntuk entri sebelum ini. 

Jadi hari ini saya ingin kongsikan sekali lagi resepi kegemaran kami sekeluarga yang bukan sahaja dimakan di musim perayaan tapi juga di hari hari biasa juga. Kalu di Kelantan, nasi impit dan sate akan dihidangkan sebagai menu sarapan pagi. Jadi resepi ini adalah ala ala sate juga cuma ayam nya dimasukkan sekali dengan kuah. Klik di SINI dan di SINI untuk daging.


Kali ini saya buat lagi penambahbaikan yang saya belajar dari Kak Soraini. Kali ini tak diletakkan air asam jawa pun. Kata Kak Su kalau masuk air asam, dah jadi macam lauk pulak. Selain itu, serai dikisar dan diambil airnya untuk menumis. Ayam juga dicelur seke…