Nasi Goreng Sardin Sangat Sedap

Sebelum masuk bab Nasi Goreng Ikan Sardin yang sedap kebabom ni Nasi Goreng Sardin Sangat Sedap

Sebelum masuk bab Nasi Goreng Ikan Sardin yang sedap kebabom ni, saya ingin melahirkan kesyukuran tidak terhingga kerana penantian saya selama dua tahun untuk iklan adsense muncul di blog, akhirnya menjadi kenyataan. Entah kenapa walaupun blog saya telah mendapat kelulusan adsense tahun 2015 lagi, namun tiada iklan yang muncul. Jadi tiadalah income blog dari adsense. Jadi saya telah melakukan pelbagai cara termasuk mengubah penampilan blog, menukar domain dsb. Hari ini, sangat gembira kerana akhirnya iklan adsense menari nari di blog saya setiap hari. 

Kebelakangan ini, saya agak tidak sihat dengan allergik yang timbul dari hari ke hari. Dikatakan stress juga boleh menambahkan masalah allergik. Saya cuba tangani semua masalah dengan secara yang sebaiknya. Setiap orang muslim, kebergantungannya hanya pada Allah. Kita tahu dengan nyata apa yang boleh dan apa yang boleh, siapa sahabat dan siapa musuh yang nyata. Lagi pulak, kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok, hatta apa yang akan terjadi beberapa minit akan datang. 

Sebelum masuk bab Nasi Goreng Ikan Sardin yang sedap kebabom ni Nasi Goreng Sardin Sangat Sedap

Ketika membelek belek blog, terbaca beberapa entri yang saya ada menceritakan tentang arwah kedua ibubapa saya menyebabkan airmata saya mengalir. Sebulan sebelum meninggal, arwah Bonda telah meminta maaf pada saya menyebabkan saya jadi sangat sebak kerana siapalah saya untuk Bonda meminta maaf. Sebaliknya sayalah yang banyak membuat salah pada mereka. Jasa dan pengorbanan mereka tidak dapat dibalas dengan apa jua hatta bergunung emas permata, juga berbilion wang ringgit. Sekarang kita ubah ke topik masakan pula.

Saya memasak sorang sorang dan makan pun sorang sorang. Oleh kerana nasi goreng sardin ni sedap giler, jadinya 4 kali saya menambah. Lepas makan, saya mengadap lap top. Lepas tu makan lagi sekali. Itu pun sebab Nelly dah memanggil supaya bersiap untuk ke tailor. Kalau ikutkan, memang tak puas lagi makan. 

Bila balik dari tailor, ingat nak sambung makan lagi. Hmm rupanya dah habis dimakan Encik Hubby. Aduh kempunan lah pulak, sampai malam asyik teringat nasi goreng sardin. Memang win lah nasi goreng sardin ni. Semua makan menambah nambah kecuali Boy jer. Kata Nelly kalau dilebihkan lagi sardin, lagi sedap. Bertambah sedap sebab karot yang saya masak, sangat rangup kerana tidak terlebih masak. 

Haa pasti follower saya tahu yang saya adalah penggemar ikan sardin. Ikan sardin adalah kategori ikan mewah yang tidak mampu dibeli oleh kedua ibubapa saya ketika saya kecil dulu. 

Hari hari kami makan ikan segar yang sangat murah. Ikan segar itu pula akan direbus untuk disimpan keesokannya. Di rumah kami tiada peti ais. Ikan rebus akan dijadikan lauk ikan rebus goreng atau ikan gulai. Itulah sebabnya nasi berlauk yang menggunakan ikan rebus adalah makanan utama semasa bersarapan di Kelantan. 

Klik di SINI untuk melihat entri sebelum ini. Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Sangat mudah dan ringkas. Tetapi bagi penggemar ikan sardin akan terasa seolah sepinggan nasi goreng dari restoran mewah giteww. 

Jangan lupa subscribe dan saksikan video di youtube channel di SINI. Layaaan....

Sebelum masuk bab Nasi Goreng Ikan Sardin yang sedap kebabom ni Nasi Goreng Sardin Sangat Sedap

Nasi Goreng Sardin Yang Mudah dan Sedap
Oleh:

Bahan bahan:
1 mangkuk besar nasi - lebih kurang 1 kg
1 tin besar ikan sardin - ambik isi sahaja
4 ulas bawang merah - hiris 
3 ulas bawang putih - hiris
1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
1 batang karot - potong dadu 
3 biji telur
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
Sedikit garam - jika perlu
Minyak untuk menumis

Bahan hiasan:
Daun sup
Cili merah 
Bawang goreng

Cara masak :
Asingkan ikan sardin dari kuah. Hancurkan kasar kasar atau ikut yang disukai. 

Sebelum masuk bab Nasi Goreng Ikan Sardin yang sedap kebabom ni Nasi Goreng Sardin Sangat Sedap

Sebelum masuk bab Nasi Goreng Ikan Sardin yang sedap kebabom ni Nasi Goreng Sardin Sangat Sedap

Panaskan minyak, tumis bawang hiris hingga kekuningan sebelum dimasukkan cili kisar. Masak hingga cili masak dan pecah minyak.

Sebelum masuk bab Nasi Goreng Ikan Sardin yang sedap kebabom ni Nasi Goreng Sardin Sangat Sedap

Masukkan isi ikan sardin dan kacau rata. Masukkan karot dan kacau sehingga agak agak karot suku atau setengah lembut. Kalau nak crunchy, masak sekejap jer.

Sebelum masuk bab Nasi Goreng Ikan Sardin yang sedap kebabom ni Nasi Goreng Sardin Sangat Sedap

Tolakkan bahan ke tepi kuali dan tuangkan telur di bahagian tengah kuali. Bila telur mulai separuh masak, masukkan nasi. 

Sebelum masuk bab Nasi Goreng Ikan Sardin yang sedap kebabom ni Nasi Goreng Sardin Sangat Sedap

Kacau rata hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. 

Sebelum masuk bab Nasi Goreng Ikan Sardin yang sedap kebabom ni Nasi Goreng Sardin Sangat Sedap

Sebelum dihidangkan, tabur daun sup, cili merah dan bawang goreng. Sedia untuk dinikmati. 


Sumber http://www.aziekitchen.com/

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Lontong Dan Kuah Lodeh Yang Paling Sedap