Posts

Showing posts from November, 2017

Majlis Pernikahan Anak Buah

Image
Hari ini sempena cuti Maulidur Rasul, saya ingin menyambung entri percutian saya ke Kelantan. Entri sebelum ini, boleh klik di SINI. Seperti yang ditulis sebelum ini, kami balik kampung kali ini adalah untuk menghadiri majlis pernikahan Rahimi, anak bongsu kakak sulung saya. Kami balik dengan mengambil penerbangan Firefly dari Subang. Saya memang suka mengambil flight dari Subang. Jimat masa dan jimat kos berbanding KLIA kerana ianya dekat dengan rumah kami. Kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pukul 6.15 petang. 

Selepas menunaikan solat di surau airport, kami bergegas untuk check in di Villa Danialla. Selepas check in, kami menukar pakaian dan terus keluar untuk majlis pernikahan. Rombongan berkumpul di stesyen Petronas di Kg Rusa. 



Alhamdulillah hujan hanya rintik rintik sahaja sepanjang perjalanan ke rumah pengantin perempuan. Akad nikah juga disempurnakan dengan ringkas disaksikan kaum keluarga terdekat kedua belah pihak. 

Selepas majlis pernikahan, kami dijamu dengan m…

Nostalgia Musim Banjir di Kelantan

Image
Telah agak lama saya tidak balik kampung pada musim tengkujuh atau dipanggil musim banjir. Kami  balik kali ini  dari 24 hingga 27 November 2017 pun kerana ingin menghadiri majlis perkahwinan anak bongsu kakak saya. 

Sejak kami sampai, hujan turun dengan tak berhenti henti. Cuaca agak gelap gelita dengan jalanraya yang tidak berlampu menjadikan saya terasa sangat stress, lebih lebih lagi bila ada motor yang tidak menyalakan lampu belakang.
Kami menginap di Villa Danialla milik Dato Siti Hamidah, bonda Datin Seri Haflin isteri kepada Dato Seri Nazri Aziz. Hari pertama kami bersarapan di cafe resort. Sewaktu bersarapan, hujan turun dengan lebat tidak berhenti henti dengan angin kuat sehingga menempiaskan air hujan ke dalam cafe. 

Bunyi air hujan mengingatkan masa kecil dulu, inilah waktunya dapur berasap untuk mengeringkan baju yang basah. Inilah ketikanya saya dan arwah Ayah akan berdiri di tepi jendela untuk memanaskan badan dengan api dapur kayu. 

Pemandangan ombak tinggi mengganas juga …

Anak anak Meraikan Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kami

Image
Hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan kami. Selepas balik dari Kelantan malam sebelumnya, saya masih kepenatan. Jadi tidak ada rancangan pun untuk keluar makan makan. Tapi bila Nana menghantar mesej mengajak kami keluar, saya turutkan sahaja. 
Saya merasa sangat terharu kerana anak anak bersepakat meraikan ulang tahun perkahwinan kami dengan jamuan makan malam di Meat Point di Taman Tun Dr Ismail. Kami pergi dengan 2 kereta kerana Nana dan Alain keluar terlebih dahulu untuk urusan booking tempat dsb.
Mereka tahu kebelakangan ini saya selalu memesan steak bila keluar makan. Agaknya itulah sebab mereka memilih restoran ini untuk makan malam kami. Saya memilih Grass Ribeye yang memang sangat sedap.

Selepas makan, satu lagi kejutan bila kami dihadiahkan dengan sebiji kek. Ianya memang tidak disangka sangka kerana saya tidak menjangkakan nya sama sekali. Mereka biasanya akan membelikan kek jika kami meraikannya di rumah. 

Apa apa pun, saya merasa sangat terharu dengan ingatan anak anak.…

Ikan Sebelah Goreng Berlado Yang Sangat Sedap

Image
Siapa kenal ikan Sebelah? Warna di kedua permukaan badan adalah berbeza. Satu warna gelap dan satu warna putih. Saya sebenarnya baru beberapa kali makan ikan sebelah yang besar dan gemuk. 

Memang sedap dan lain rasanya dengan ikan sebelah yang kecil. Tapi harganya memang mahal. Siap ada telur. Ikan ini dimasak apa pun sedap. Hatta digoreng garam kunyit sahaja pun sedap. Memang susah nak describe rasa isi ikannya yang memang sedap dan manis. Jadi apa ditunggu lagi, cubalah sekali beli ikan sebelah yang bersaiz besar seperti ini. Seeedaaap... 
Saya nak mulakan dengan petikan dari kuliah zohor oleh Ustazah Dr Aishah berkenaan nilai. Analogi nilai adalah seperti kisah seorang anak diminta oleh bapanya agar membawa batu ke pasar untuk dijual, tapi dengan syarat bila ditanya harga, tak payah jawab tapi hanya tunjuk sahaja harganya dengan 2 jari. Orang di pasar menyebut RM2 bila melihat budak itu menunjukkan 2 jari. 
Beliau balik dan diminta pula oleh bapanya agar membawa batu tadi ke museum, b…

Masak Lemak Cili Padi Udang dan Kacang Buncis

Image
Saya terima komen menyuruh saya menggunakan kuali steel wok kerana dikatakan kuali aluminium boleh membawa aluminium poisoning. Saya tak pasti kalau apa yang dikatakan menpunyai bukti saintifik. 

Tapi sejak kecil, keluarga saya menggunakan kuali dan periuk cap buaya yang dibeli dari Kelantan. Malahan tak keterlaluan kalau dikata semua orang kampung saya menggunakan periuk dan kuali jenis ini. 
Berbalik pada saranan menggunakan steel wok, saya terima dengan hati terbuka. Saya sebenarnya suka membuat koleksi pinggan mangkuk dan peralatan memasak. Ada yang dibeli di London, Australia dan juga dari US. Ada banyak koleksi periuk kuali tersimpan sehingga anak anak pun menegur kerana suka membeli tapi sayang untuk digunakan. 

Mungkin kerana saya memasak bukan untuk dirakam dan tayangan semata. Saya tak ada masa jika sekadar memasak untuk blog semata. Saya memasak untuk hidangan keluarga. Saya memasak sebaik balik dari pejabat atau curi curi waktu terluang pada hari minggu. Jadi saya suka guna k…

Nutella Hazelnut Cake Sedap Dari Resepi Kek Kafe

Image
Setiap kali birthday, mesti dalam kepala kita adalah kek harijadi kan. Tak sah kalau tak ada kek bila menyambut atau meraikan birthday. Boleh beli di kedai, atau boleh buat sendiri. Nak beli di kedai, takut rasanya tak kena dengan selera kita pula. Lagipun, kan lagi special kalau kita buat sendiri kek birthday untuk orang tersayang. Ianya lebih bermakna dan dihargai.
Tapi, nak belajar buat sendiri, tak tahu pula nak pergi kelas kat mana kan? Macam saya memang tak pernah pergi kelas. Sebab saya tidak ada masa untuk ke kelas walaupun sangat teringin untuk belajar kaedah yang sebetulnya. 

Resipi kek macam yang dijual di kafe-kafe hipster ni bukan semua orang nak ajar. Resepi dan cara penyediaannya dirahsiakan. Di bawah ini adalah Kek Pandan Gula Melaka yang sangat sedap. Anak saya Dr Nana pernah menyediakannya di SINI selepas beliau menghadiri kelas membuat kek. 

Baru-baru ni saya dapat resipi kek istimewa ni, namanya Nutella Hazelnut Cake. Selalu juga nampak kek ni di kafe-kafe terkenal. K…

Daging Goreng Sos Tiram

Image
Nama pun daging goreng sos tiram, pastilah bahan utamanya adalah sos tiram. Kalau menggunakan daging batang pinang, goreng sekejap jer pun dah lembut dagingnya. 

Memasak sangat cepat, cuma lagi lama daging diperap dengan sos tiram, lagi lah sedap dan mesra. Kalau nak sedap lagi, bolehlah tambah bahan lain seperti batang leek yang dihiris nipis. 


Sos tiram bukan sahaja digunakan sebagai bahan penyedap semasa memasak tetapi juga boleh diguna sebagai bahan perapan. Kalau dah guna sos tiram, tak perlu lagi dimasukkan garam. Saya cuma menabur sedikit Maggi Cukup Rasa. Macam tak lengkap jika tidak ditabur. Saya juga tidak meletak gula, kerana kita telah pun meletakkan kicap manis semasa memerap daging. 

Jom sama sama mencuba masakan yang sangat ringkas, mudah dan paling utama, rasanya sedap. Anak anak memang penggemar kicap. Jadi dengan lauk ni, mereka makan dengan menggaul kuah kicap dengan nasi putih yang panas panas. 
Jom layan resepi mudah di bawah ini. Selamat mencuba. Jangan lupa video di…

Hari Jadi Hafez Yang Teristimewa

Image
Selamat Hari Jadi Hafez. Begitu cepat masa berlalu. Rasa macam baru lagi, kami melihat dia bertatih. Hari jadi Hafez atau kami memanggil beliau dengan panggilan Boy kali ini lebih istimewa kerana ianya adalah tahun terakhir menyambut hari lahir sebagai orang bujang. 

Saya sebenarnya di dalam diam, sangat sedih dan dalam masa yang sama merasa gembira kerana tidak lama lagi Hafez akan menamatkan zaman bujang. Sedih kerana saya sendiri tidak menyangka secepat ini,  dia akan menamatkan zaman bujang. Saya selalu berpesan, Boy lepas tamat belajar mesti kerja dan kumpul duit banyak banyak. Bila dah financially stable, baru kahwin. 

Ketika menulis entri ini pun, airmata saya bergenang. Tapi bila difikirkan, buat apa ditunggu bila mereka telah menemui pasangan yang mereka sukai. Saya sendiri menemui cinta hati saya sewaktu saya berumur 20 tahun. Ketika itu, saya sangat pasti yang saya sangat menyintainya dan ingin hidup di sampingnya. 

Mungkin begitu juga perasaan Bonda saya suatu ketika dahulu. …

Majlis Perkahwinan Meriah Anak Dato Mohd Alias di PWTC

Image
Selamat Pengantin Baru buat Ain dan pasangan. Semalam kami menghadiri majlis resepsi perkahwinan Ain, anak sulung Dato Mohd Alias Hamzah dan Datin Khasani yang merupakan antara sahabat kami sejak di zaman kampus lagi. 
Majlis ini juga dihadiri oleh ramai lagi rakan dari alumni Bekas Penghuni Kolej Ketiga Universiti Malaya (ETHICA). Majlis sederhana tetapi meriah diadakan di Dewan Tun Hussein Onn PWTC. Tetamu rata rata berbaju Melayu yang menampakkan kebudayaan orang Melayu. Majlis juga diserikan dengan tarian dari anak anak kesenian. Makanan yang dihidangkan juga sangat sedap dengan soto sebagai hidangan pembuka selera.


Bila bertemu dengan rakan rakan ETHICA, majlis akan menjadi sangat meriah dengan masing masing sibuk bertanya khabar dan bergambar sebagai kenang kenangan. Oleh kerana malam itu adalah malam hari jadi Haji Kamaruddin Mokhtar, kami beramai ramai menyanyikan lagu selamat hari jadi kepada beliau. 


Keakraban persahabatan melebihi 30 tahun memang tidak dapat dinafikan lagi. Ma…