Tahniah Hafez

 Hafez adalah anak sulung lelaki yang kami nanti nantikan Tahniah Hafez

Tahniah Hafez. Hafez adalah anak sulung lelaki yang kami nanti nantikan. Itulah selepas lahir, kami memanggil Hafez dengan nama timangan Boy. Sehingga kini, nama tersebut kekal sehingga Pensyarah dan kawan kawan universiti juga ada yang memanggil Hafez dengan nama Boy. 

Dengan tamatnya pengajian ijazah, maka tamatlah juga tanggungjawab kami sebagai ibubapa dalam memberi pendidikan dan pengajian kepada Boy. Pengajian untuk sekeping ijazah, lambang kejayaan seorang pelajar yang bermula dari darjah satu. Namun begitu tanggungjawab memberi didikan kehidupan dunia dan akhirat akan berterusan sehingga nafas berakhir.  

Sekeping ijazah tidak menjanjikan kesenangan seperti suatu ketika dahulu. Ketika saya menamatkan pengajian ijazah, kerja yang baik akan menunggu. Kerja yang baik yang menjanjikan kesenangan hidup dan masa depan yang lebih cerah. Kehidupan yang menjadi kebanggaan ibubapa. 

Melalui sendiri pengalaman bekerja di sebuah organisasi terkemuka selepas menamatkan pengajian ijazah menyebabkan saya memberi kebebasan kepada anak anak untuk memilih kerjaya sendiri. Samada ingin "makan gaji" atau ingin bekerja sendiri. Walaupun bergaji tahunan 6 digit, yang pasti saya lebih selesa jika anak anak bekerja sendiri. Namun itu pendapat saya sendiri. 

Walaupun makan gaji, saya juga dapat merasai hidup mewah dengan memiliki lebih dari apa yang sepatutnya saya miliki. Semuanya bergantung kepada usaha sendiri. Tapi itu dulu, dalam suasana sekarang yang sangat kompetitif, memerlukan usaha dilipatgandakan. 

Tidak lama lagi Boy akan menjejakkan kaki ke satu fasa kehidupan baru selepas menemui gadis cantik yang menpunyai pakej serba lengkap. Bukan sahaja cantik, berpendidikan agama tetapi juga berpelajaran tinggi dan dari keluarga baik baik dan berkedudukan. Apa lagi yang dicari dalam seorang gadis untuk dijadikan pasangan hidup. Dia menpunyai segalanya. Pesanan mama, berikan yang terbaik kerana dia layak mendapat yang terbaik. 

 Hafez adalah anak sulung lelaki yang kami nanti nantikan Tahniah Hafez

Bila ijazah telah berada di genggaman, berakhir sudah fasa seorang pelajar, bersedia untuk untuk fasa seterusnya. Kejar kejayaan di dunia demi kejayaan akhirat. Matematik dunia berbeza dengan sifir pengiraan matematik akhirat, di mana 10 tolak 5 jawapannya adalah 15. 

Akhir sekali, tahniah juga buat Mira, yang akan menerima Ijazah Sarjana Muda Perakaunan besok. Semoga Mira suatu hari menjadi seorang usahawan berjaya dan ternama dalam apa jua bidang yang diceburi. Aameen. 



Sumber http://www.aziekitchen.com/

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Nutella Hazelnut Cake Sedap Dari Resepi Kek Kafe