D' Lavendar Resort Marang

 Lavendar adalah nama resort kepunyaan sahabat kami yang terletak di Marang D' Lavendar Resort Marang

D' Lavendar adalah nama resort kepunyaan sahabat kami yang terletak di Marang. Tidak jauh dari Bandar Kuala Terengganu. Kami konvoi beramai ramai ke sana. Bangga melihat kejayaan sahabat kami. Dr Zarinah merupakan course mate saya semasa di universiti. Kini bertugas sebagai Pensyarah di Fakulti Ekonomi Universiti Malaya.

Dari bangunan utama resort, kami berjalan kaki ke tepi pantai dan sempat singgah di kolam ikan yang memang mengasyikkan melihat kelibat ikan mereka yang berenang riang di dalamnya. 

 Lavendar adalah nama resort kepunyaan sahabat kami yang terletak di Marang D' Lavendar Resort Marang

 Lavendar adalah nama resort kepunyaan sahabat kami yang terletak di Marang D' Lavendar Resort Marang

Semasa di pantai, kami berposing beramai ramai sebagai kenang kenangan. Pantainya sangat cantik dengan pasir pantai yang bersih dan suasana alam semulajadi. Sesuai bagi mereka yang ingin bersantai dan anak anak yang ingin bermain pasir pantai. 


 Lavendar adalah nama resort kepunyaan sahabat kami yang terletak di Marang D' Lavendar Resort Marang

 Lavendar adalah nama resort kepunyaan sahabat kami yang terletak di Marang D' Lavendar Resort Marang

 Lavendar adalah nama resort kepunyaan sahabat kami yang terletak di Marang D' Lavendar Resort Marang

 Lavendar adalah nama resort kepunyaan sahabat kami yang terletak di Marang D' Lavendar Resort Marang

kami dihidangkan dengan sata sejenis makanan yang dibuat dari ikan dan bahan bahan lain seperti kelapa parut dsb, Selain itu, dihidangkan sekali keropok lekor. 

Bila makan secara beramai ramai, memang terasa sangat sedap. Selepas balik dari pantai, pasti terasa dahaga. Minuman panas dan sejuk yang dihidangkan, terasa sangat nyaman. Kepada yang sedang merancang percutian ke Terengganu, silalah berkunjung dan menginap di resort sahabat saya ini. 


 Lavendar adalah nama resort kepunyaan sahabat kami yang terletak di Marang D' Lavendar Resort Marang

 Lavendar adalah nama resort kepunyaan sahabat kami yang terletak di Marang D' Lavendar Resort Marang

Balik dari resort, kami singgah di Noor Arfa batik kerana Datin Nursinah masih ingin mencari sehelai dua lagi kain batik. Agak berkejar kejar kerana kedai ditutup pukul 6.00 petang. Lagi pulak, Dr Aziz perlu berada di airport sbelum pukul 7.00 malam.


 Lavendar adalah nama resort kepunyaan sahabat kami yang terletak di Marang D' Lavendar Resort Marang

Sesampai di hotel, saya dan Hubby berjalan kaki ke kedai makan bersebelahan Hotel yang menjual keropok lekor siap digoreng yang sangat sedap. Selain itu, sup campur juga terasa sangat authentic sup Pantai Timur. Di situ, ada seseorang menegur saya memberitahu yang beliau telah mencuba beberapa resepi dari blog saya. Alahai tiba tiba saya terasa segan. 

Balik ke bilik kami bersiap siap untuk keluar bermain bowling. Orang agak ramai di situ. Mungkin kerana ianya adalah satu satunya tempat bowling di bandar Kuala Terengganu. 

 Lavendar adalah nama resort kepunyaan sahabat kami yang terletak di Marang D' Lavendar Resort Marang

Keluar dari tempat bowling kami ke Pantai Batu Buruk untuk makan malam. Saya memang dah tak lalu makan kerana terlalu kekenyangan. Sekadar menemani yang lain makan. Ketika itu, yang ada di kepala, hanyalah bantal. 


Sumber http://www.aziekitchen.com/

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Lontong Dan Kuah Lodeh Yang Paling Sedap