Posts

Showing posts from October, 2017

Mee Goreng Daging Yang Sedap

Image
Mee goreng adalah antara makanan kegemaran saya sejak kecil lagi. Zaman dulu beli mee bodo atau dipanggil juga mee boko, mee dulang yang berharga RM1.00 hingga 50 sen. Jadi bila sekali sekala dapat makan mee yang digoreng panas dari kedai, kiranya seolah dapat makan steak Wagyu Tomahawk atau seekor lobster lah kalau zaman ini. 

Semasa berada di tingkatan enam, saya menumpang rumah abang saya di Bachok. Ketika itu, setiap kali balik dari sekolah, saya akan ke gerai mak cik yang menjual mee di pasar Bachok. Mee akan disediakan panas sebaik dipesan. Memang sangat sedap. 

Sehingga kini, saya masih merindui mee goreng mak cik itu. Apa kan daya, saya pun tak tahu siapa namanya dan di mana dia sekarang. Apa yang saya masih ingat, dia akan memasukkan sedikit air seperti kuah rebusan daging kot. Yang pasti hirisan asam limau nipis yang sangat sedap ditekak saya bila bergaul dengan mee.

Saya sebenarnya sangat sukakan mee atau mee hoon yang digoreng dengan dimasukkan daging. Tapi kalau makan di ked…

Gulai Ikan Versi Keluarga Saya

Image
Inilah cara keluarga saya memasak gulai ikan sejak dulu dulu. Teringat lagi arwah Bonda ada memasak gulai ikan Yu. Lebih sedap jika ikan yu menpunyai hati. Terutama bila hati ikan yu hancur dan pecah dalam kuah ikan. Wallaa, sedap sangat. Selain itu, antara gulai ikan Bonda saya yang menjadi kesukaan keluarga kami adalah ikan duri yang dilumur garam dan dibiarkan beberapa jam sebelum dimasak gulai. 

Itu cara dulu tapi sekarang ini, jika ingin dipermodenkan sedikit, tak nak letak ketumbar biji pun tak apa. Juga boleh juga masukkan sedikit cili padi bagi menambah wangi. Kurangkan sedikit cili kering kisar tu. Tapi apa yang saya share di bawah adalah bahan sebenar yang kami gunakan. 
Tapi masa tu, kelapa dikukur dengan pengukur kelapa tau. Tak adanya santan santan segera ini. Rumah saya juga ketika itu, tak ada blender. Semua kena tumbuk guna lesung batu. Bayangkan berapa lama masa menumbuk untuk jadikan ianya hancur lumat. Memasak pula guna kayu api. Bila adjust api, bukan senang. Kena ta…

Petua Sediakan Cili Kering Kisar

Image
Cili kering kisar? Ya hari ini nak bercerita bab petua menyediakan cili kering kisar. Untuk memudahkan kerja, kita perlu membuat persediaan awal terutama bagi wanita yang bekerja. Dalam keadaan semua mahal sekarang ini, eloklah kita perbanyakkan memasak sendiri di rumah. Selain sedap, juga terjamin kebersihan dan juga kesihatannya kerana kita tahu bahan yang digunakan. 
Antara bahan yang perlu ada di dalam peti ais adalah cili kering kisar. Jika tak ada, mood nak memasak pun akan ke laut. Sebab cili kisar di perlukan dalam pelbagai jenis masakan seperti untuk menggoreng mee, memasak sambal tumis, membuat asam pedas, memasak rendang dan macam macam lagi.
Jom kita tengok cara cara penyediaannya. Mula mula pemilihan cili kering. Saya memang memilih cili kering yang tidak kerinting dan tidak juga bersaiz besar. Saya pilih yang sedang sedang dan berkilat cantik. Cili kering akan digunting kecil dan disimpan dalam peti ais sehingga tiba masa hendak digunakan.
Cili yang telah digunting direndam…

Mee Sup Tulang Istimewa Yang Sangat Sedap

Image
Sebelum cerita bab Mee Sup Tulang Istimewa resepi asal dari Chef di hotel terkenal, meh kita citer citer bab lain dulu. Melihatkan saya yang kebelakangan ini agak kepenatan kerana tuntutan tugasan pejabat yang banyak menyebabkan Hubby mengajak saya menonton wayang. 
Semasa menonton filem Berbisik Pada Langit lakonan Ummi Nazeera, saya menangis dari awal sehingga akhir. Semangat seorang gadis untuk keluar dari kepompong kemiskinan di kampung dengan memasuki universiti di luar negara. Harapan tinggi keluarga untuk melihat anak yang menjejakkan kaki ke univerisiti untuk membawa perubahan pada hidup mereka. Sehingga ibubapa sanggup berbuat apa sahaja demi mahu melihat kejayaan anak. Kehidupan kampus telah merubah Hajar untuk menikmati keseronokan menunggang motosikal besar. Juga telah menemui seorang boyfriend handsome yang belajar di universiti yang sama.  
Walaupun ianya tidak sama 100% dengan cerita saya, namun ianya menpunyai sedikit persamaan dengan keazaman saya untuk menjejakkan kaki…

Ikan Terubuk Bakar dan Pencicah Air Asam Sedap

Image
Sebelum masuk bab Ikan Terubuk bakar yang dicicah dengan Air Asam yang sedap ini, saya nak mencoret sedikit bab penampilan. Bukanlah bermakna penampilan yang baik adalah yang mahal. Bukan tau. Saya pernah bersembang dan berpesan dengan anak saya, Juita supaya menjaga penampilan diri. Untuk menjadi seorang yang vibrant dan berpersonaliti, tidak semestinya memakai barangan berjenama atau membawa handbag atau kasut mahal. Tidak sama sekali. 

Cara kita bercakap cara kita membawa diri malahan cara kita senyum dan ketawa juga adalah melambangkan kelas seseorang. Apa lagi cara makan dan mengunyah. Saya tidak pernah menghadiri kelas grooming tetapi saya memang mengambil berat tentang semua ini. Bukan bermakna saya ini anggun. Saya kalau di pejabat, memang sempoi jer. Saya cuma bergaya di luar pejabat sahaja. Tapi saya suka melihat mereka yang bergaya tapi bukanlah bergaya girlish. 
Ada orang yang memakai semua barangan mahal tapi bila buka mulut sahaja, semua daya tarikan akan hilang. Aura meru…

Sambal Telur Pecah Bercili Pedas Yang Sedap

Image
Setiap klik atau setiap minit, angka page view di blog saya akan menunjukkan peningkatan ratusan hingga ribuan. Tetapi blog saya agak sunyi sepi. Tidak ramai yang komen di blog, like di Instagram atau like di facebook menjadikan saya sangat sunyi dan tidak ada semangat untuk menulis. Terasa seolah syok sendiri dan bersendirian. 

Tapi bila ada yang PM menanya khabar atau mengucapkan terima kasih, semangat yang ke laut akan kembali segar. Hmm tapi kenapa ya, semua seperti segan segan untuk like atau meninggalkan komen. Boleh saya tahu jika ada sebab sebab tertentu. OK saya sangat berharap sokongan anda untuk saya terus menulis. Jadi jangan segan segan lagi tau. 

Sekarang kita sentuh sedikit bab perkongsian ilmu untuk santapan minda. Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan pesan dengan kebenaran. Saya sangat bersyukur kerana Allah telah menunjukkan jalan yang benar kepada saya. Tidak membiarkan saya terus terleka dengan keind…

Ikan Goreng Garam Kunyit Yang Sangat Sedap dan Cerita Luahan Hati

Image
Saya suka makan ikan yang digoreng garam kunyit jer. Lebih lebih lagi kalau menggunakan spesis ikan yang memang sedap seperti ikan terubuk, senangin, kerisi yang besar dll. Sebelum kita sentuh bab ikan, saya nak mencoret sedikit luahan hati. Apa yang ada di hati kena diluahkan supaya ianya tidak tersimpan sehingga boleh merosakkan hati sendiri. Hati yang terkilan, hati yang marah, yang sakit dan macam macam lagi. 

Kebelakangan ini memang stress sangat sangat. Stress dengan karenah manusia di sekeliling. Saya tidak mahu berdusta dengan diri sendiri, sebahagian besar masa kita dihabiskan di pejabat. Berdasarkan pengalaman sendiri, amat susah untuk mendapat rakan sepejabat yang betul betul ikhlas. Semuanya umpama melepaskan diri sendiri, bak kata kawan saya yang telah pun meletakkan jawatan, semuanya tu demi cari makan, Hajjah. Beliau memanggil saya Hajjah. Hmm betul juga. 
Ya, tapi kalau pun untuk cari makan, bolehkah merasa keenakan makanan tersebut jika ianya diperolehi dengan cara meni…