Quiche Snak Berkhasiat Untuk Bekalan Ke Sekolah



Anak anak sekarang suka makanan segera sebagai snak Quiche Snak Berkhasiat Untuk Bekalan Ke Sekolah


Anak anak sekarang suka makanan segera sebagai snak. Sekali sekala, boleh lah tetapi tidak bolehlah terlalu kerap. Mereka suka snack yang ala western seperti pizza, donut dengan pelbagai topping, hot dog dan pelbagai lagi. Mereka tidak suka kuih muih Melayu, apalagi kuih muih tradisional. Memang selera budak zaman sekarang agaknya. Kuih tradisional kegemaran mereka hanyalah karipap. 

Bila tahu kegemaran anak anak, saya akan menyediakan hidangan ala ala Barat juga sebagai hidangan petang atau sebagai snak. Menyediakan Quiche, adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana kita bebas untuk menggunakan apa sahaja bahan di dalamnya. Samada untuk menggunakan ayam, daging atau makanan laut. Tiada batas. Selain itu, boleh juga ditambah pelbagai sayuran segar seperti  green pepper, brokoli, karot, hirisan cendawan dan lain lain. Semuanya mengikut citarasa dan bahan yang tersedia di rumah masing masing.  

Quiche sangat sedap samada disediakan dengan crust atau tanpa crust. Ada masa saya akan sediakan crustless quiche. Memang sedap. Sekurang kita tahu dan pasti apa yang terkandung dalam hidangan untuk famili kita. 

Sebagai wanita berkerjaya, saya mementingkan kualiti masa. Jadi resepi harus yang ringkas dan menggunakan bahan bahan mudah yang tersedia di dapur kami. Di samping itu, ianya tanpa berkompromi dari segi rasa dan khasiatnya. Jom hari ini, saya kongsikan resepi Quiche yang sangat mudah dan sesuai dijadikan bekalan berkhasiat anak anak ke sekolah. 


Anak anak sekarang suka makanan segera sebagai snak Quiche Snak Berkhasiat Untuk Bekalan Ke Sekolah

Chicken and Mushroom Quiche
Oleh:

Bahan bahan: 
Ayam ham secukupnya - potong kecil 
1 sudu besar bawang besar Holland – potong dadu
4 sudu besar karot – yang dipotong dadu
4 biji cendawan butang - hiris nipis
4 biji telur - pukul ringan  
200 ml susu dugro 
1/4 sudu kecil garam  
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam  
1 cawan parutan keju parmesan
1-2 sudu besar minyak 
Puff Pastri secukupnya
Bekas pie aluminium secukupnya 

Cara cara: 
Panaskan oven pada suhu 170C. Masukkan puff pastri ke dalam bekas pie aluminium. 

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, karot dan cendawan. Kemudian masukkan ayam ham. Angkat dan ketepikan.  

Sudukan sayuran quiche ke dalam puff pastri sehingga habis. 

Di dalam bekas lain, satukan susu, telur, garam dan serbuk lada hitam. Kemudian, tuang adunan telur sehingga menutupi bahagian sayuran quiche tadi.  

Akhir sekali tabur, 1 cawan parutan keju parmesan atau mengikut jumlah yang disukai. 

Bakar selama 25 minit atau sehingga ianya tidak lagi melekat pada pisau yang dicucuk di tengah tengah. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 5-10 minit dan sedia untuk dihidangkan.  

Nota: 
Jika suka, boleh sediakan crustless quiche dengan tak perlu dilapik dengan puff pastri.

Resepi menghasilkan 4 biji quiche mengikut saiz acuan yang digunakan. 



Akhir sekali jangan lupa untuk menyertai Peraduan Resipi Nutrisi Mama yang diadakan oleh DumexDugro®. Caranya sangat mudah. Hanya perlu kongsikan gambar hidangan berkhasiat yang anda sediakan untuk anak anak. Banyak hadiah hadiah menarik sedang menanti anda. Untuk maklumat lanjut layari https://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/mamacontest






Sumber http://www.aziekitchen.com/

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Ayam Bonda Mertua Yang Sangat Sedap

Nasi Impit Dengan Sambal Kelapa Ikan

Lontong Dan Kuah Lodeh Yang Paling Sedap