Posts

Showing posts from September, 2017

Ayam Panggang Blackpepper Yang Paling Sedap

Image
Pejam celik pejam celik hari ni dah hari Jumaat. Esok hari cuti bagi ibu ibu yang bekerja. Jadi esok bolehlah kita masuk dapur dan masak masakan yang special sikit untuk hidangan keluarga. Tapi sebelum layan bab Ayam Panggang Blackpepper, meh saya nak menulis sedikit buat renungan kita semua. 

Saya perhatikan manusia sekarang dah kurang rasional. Banyak kes di sekeliling kita yang kadang kadang tidak masuk akal, tapi tetap dibuat seolah akal diletak di kepala lutut. Saya bukan marah tapi kadang kadang kesal dengan sikap begini. 
Saya menggeleng kepala bila membaca komen komen yang ditinggalkan di Instagram. Alhamdulillah bukan Instagram saya. Setakat ini semua yang baik baik sahaja. Tapi bila baca Instagram artis artis atau jutawan seperti Aliff Syukri dan lain lain, boleh mengurut dada kita dibuatnya. Seolah mereka sangat kebal dan tidak takut dengan dosa. Maki hamun dan menggunakan bahasa lucah adalah seolah perkara biasa. Tanpa memikirkan apa yang ditulis tidak akan terpadam dengan s…

Quiche Snak Berkhasiat Untuk Bekalan Ke Sekolah

Image
Anak anak sekarang suka makanan segera sebagai snak. Sekali sekala, boleh lah tetapi tidak bolehlah terlalu kerap. Mereka suka snack yang ala western seperti pizza, donut dengan pelbagai topping, hot dog dan pelbagai lagi. Mereka tidak suka kuih muih Melayu, apalagi kuih muih tradisional. Memang selera budak zaman sekarang agaknya. Kuih tradisional kegemaran mereka hanyalah karipap. 

Bila tahu kegemaran anak anak, saya akan menyediakan hidangan ala ala Barat juga sebagai hidangan petang atau sebagai snak. Menyediakan Quiche, adalah sesuatu yang menyeronokkan kerana kita bebas untuk menggunakan apa sahaja bahan di dalamnya. Samada untuk menggunakan ayam, daging atau makanan laut. Tiada batas. Selain itu, boleh juga ditambah pelbagai sayuran segar seperti  green pepper, brokoli, karot, hirisan cendawan dan lain lain. Semuanya mengikut citarasa dan bahan yang tersedia di rumah masing masing.  

Quiche sangat sedap samada disediakan dengan crust atau tanpa crust. Ada masa saya akan sediakan …

Menikmati Snak Kegemaran di Hot & Roll

Image
Saya dan Hubby banyak menghabiskan masa bersama Juita sebelum dia berangkat melanjutkan pengajian dalam bidang Ekonomi di University of Manchester. Kami menemani Juita untuk membeli barang barang makanan kering dan segera yang akan dibawa bersama. Jadi saya mencadangkan ke Paradigm Mall. 
Alang alang ke sana, saya mengajak Hubby dan Juita singgah makan di Hot & Roll yang merupakan antara snak kesukaan saya dan anak anak.



Hot & Roll menawarkan menu menu menarik dengan pelbagai pilihan mengikut citarasa masing masing. Pilih jer wraps yang mana suka samada yang wraps jenis rangup dan crispy, paratha atau capati. Wraps juga didatangkan dalam pelbagai perisa yang boleh dipilih.
Pendek kata kalau teringin untuk menikmati snak yang ringkas, bolehlah ke Hot & Roll. Semua menu tersedia dengan pilihan rasa manis atau savoury iaitu sedikit masam masam. Sangat sesuai dengan citarasa orang kita bagi semua golongan dari kanak kanak sehingga orang dewasa. Ianya disediakan secara segera dan …

Kari Daging Gulai Darat Kelantan

Image
Kali ini saya kongsikan petikan Hadis dari kuliah Zohor oleh Ustaz Ibrahim Muhammad. Seseorang ahli kebaikan masa di dunia, mereka  juga ahli kebaikan di akhirat. Ahli mungkar di dunia akan juga jadi ahli mungkar di akhirat. Jenis kelompok mana kita berada di dunia, maka dengan kelompok yang sama kita akan berada di akhirat kelak. 

Yang pertama, perkiraan di sisi Allah adalah berdasarkan amalan dan usaha diri sendiri. Surah Al Zalzalah ayat   7-8 menyebut Barang siapa mengerja kebaikan walaupun sebesar zarah akan dapat melihatnya di hari akhirat. Begitu juga dengan amalan kejahatan. Juga akan dapat melihatnya di akhirat. Contoh amalan atau usaha sendiri adalah seperti berjalan menghadiri majlis agama atau datang semata mata untuk tengok perlawanan bola sepak atau konsert. 
Kedua, cara perkiraan di sisi Allah adalah dengan cara memberi bantuan atau pertolongan samada makruh atau mungkar. Bantuan samada duit, buah fikiran, aset dsb, walaupun kita tak terlibat secara langsung. An nisa ayat…

Masak Asam Pedas Ikan Merah Yang Terlajak Sedap

Image
Sejak dari Hari Raya Aidil Adha, lauk pauk di rumah saya, banyak berasaskan daging. Hari ni, kita tukar pada menu berasaskan ikan pulak. Kalau ada yang nak ke pasar pagi ini, jangan lupa beli ikan. Pilih ikan yang segar segar. 

Jom kita masak lauk ikan. Saya suka mengikuti Instagram Bonda Rozita, yang juga Pengasas Sedayu Tinggi terutama ketika beliau memasak. Sama seperti saya, beliau bila memasak apa pun, akan meletak serbuk perasa atau serbuk pati ayam. Rasa macam tak lengkap, kalau tak diletak serbuk perasa. Tangan dengan sendiri akan mencapai botol atau plastik serbuk perasa. 

Memasak asam pedas yang sedap memang kena sabar. Sabar untuk menunggu bahan yang ditumis masak garing berkali kali. Barulah sedap. Bukan sahaja sedap tapi betul betul sedap. Wallaa gitu. Melengkapkan masakan asam pedas saya, pastinya Maggi Cukup Rasa. Sebetulnya bila kita telah menggunakan Maggi Cukup Rasa, kita tak perlu lagi memasukkan garam dalam masakan kerana ia memang telah memberi secukup rasa.

Memang b…

Kek Buah Buahan Bakar Yang Sangat Sedap dan Lembap

Image
Sebelum melihat resepi, saya hendak kongsikan terlebih dahulu petikan dari kuliah Ustaz Ibrahim Muhammad sebagai pengisian dan hidangan minda. Kali ini hadis berkenaan tegahan yang makruh untuk melakukan sesuatu perkara secara bersendirian. 

Pertama, makruh tidur malam bersendjrian kerana ditakuti berlaku apa apa.  Kena cari seseorang untuk menemani, termasuklah mereka yang masih belum berkahwin. 

Kedua, ditegah bermusafir bersendirian. Contoh bermusafir dengan melalui jalan sunyi yang tidak dilalui ramai manusia. Ianya samada siang atau malam, sebaik baik musafir adalah seramai 3 orang. Bermusafir seorang diri adalah amalan syaitan. Bermusafir dua orang adalah amalan 2 syaitan. Kalau bermusafir 3 orang adalah amalan musafir sebaiknya dengan melantik salah seorang sebagai ketua. Hadis riwayat Abu Daud. 




Sebelum ini saya pernah mencuba resepi Kek Buah Bakar di SINI yang sangat sedap dan moist. Resepi kek buah yang lain adalah versi kukus. Boleh klik di SINI. Tetapi tahu lah, nak mengukus …

Juita Ke United Kingdom

Image
Hari ini adalah hari yang paling gembira dalam hidup saya kerana akhirnya Juita berangkat ke UK untuk pengajian Ijazah selama 3 tahun. Walaupun persediaan agak kelam kabut kerana visa lambat siap, namun Alhamdulillah kerana semuanya berjalan lancar. Kami tidak sempat untuk membuat majlis doa selamat di rumah. Jadi kami hanya meminta pihak surau Ad Dhuha untuk mengadakan doa selamat dan tahlil ringkas selepas solat Maghrib.
Hari ini juga adalah hari yang paling sedih buat kami kerana terpaksa berpisah buat sementara waktu dengan anakanda yang dikasihi. Lebih membuatkan saya sedih kerana Juita sendiri menangis sebak kerana terpaksa berjauhan dengan kami. Dia sangat sayangkan kami dan tak suka membebankan kami dengan apa apa masalah. 

Walaupun dah besar panjang, tapi saya tahu perasaan dia pada kami tak pernah berubah. Saya sangat berharap agar ianya kekal begitu sampai bila bila. Selalu berpesan, "Papa jaga Mama tau". Sehingga Hubby terpaksa memujuk, supaya dia jangan risau kera…