Posts

Showing posts from August, 2017

Membeli Belah di Pasar Tanah Abang Jakarta

Image
Kali ini saya ingin menyambung lagi catatan perjalanan saya ke Jakarta. Klik diSINI untuk entri sebelum ini. Hari ketiga, kami tidak punya aturcara yang tetap. Hari free and easy. 

Saya dengan anak anak bercadang untuk Pasar Tanah Abang yang hanya dalam 5-10 minit sahaja perjalanan dari hotel. Sementara Datin Nursinah dan anak anak hanya bershopping di Plaza Indonesia. 

Pagi pagi lagi kami telah berkumpul di lobi hotel untuk ke Pasar Tanah Abang. Apa yang saya bayangkan ketika itu, Tanah Abang adalah tempat jualan dalam kawasan terbuka, bukan dalam satu bangunan. Tekaan saya ternyata meleset. Lagi pulak, kalau ke Jakarta tidak pernah ke Tanah Abang rasa seperti tidak lengkap.

Sebaik menjejak kaki ke Pasar Tanah Abang, hati terus rasa tidak selesa. Orang ramai dan agak sesak. Risau juga kerana banyak membaca berkenaan kejadian pick pocket di sini.Maklumlah bila orang ramai bersesak, pasti ada manusia yang akan mengambil kesempatan.Kami turun di Blok A. 

Memang ada banyak blok tapi kami han…

Jakarta Aku Datang

Image
Percutian ke Jakarta kali sangat sangat bermakna dan ditunggu tunggu, setelah sekian lama kami tidak bercuti sekeluarga. Walaupun Nana tak ikut sama namun saya sangat gembira kerana anak yang lain semua dapat ikut.

Lebih menyeronokkan kerana percutian kali ini bersama dengan bakal besan kami, iaitu Dato Salehuddin dan Datin Nursinah sekeluarga. Dek kerana terlalu seronok dan teruja, sebelum pergi saya kerap kali terbuai sehingga ke dalam mimpi. 

Hahaha. Walaupun agak terkilan kerana Nana tidak mahu ikut serta, namun saya terpaksa memahami dan menghormati keputusan dia. Percutian kali ini adalah lebih kepada shopping dan jalan jalan cari makan. Memang sightseeing tiada dalam agenda pun. 

Kami keluar dari rumah selepas solat Subuh dan singgah untuk bersarapan di RnR Dengkil dan selepas itu, terus ke KLIA. Kebetulan kami tiba di KLIA pada waktu yang sama dengan keluarga Dato Saleh. 

Kami menaiki penerbangan Malaysia Airlines pukul 10.30 pagi dari KLIA dan penerbangan ke Jakarta mengambil mas…